Malaysia Urban Forum (MUF) 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Urbanice Malaysia (UM) & UN HABITAT akan menganjurkan Networking Event bertajuk “Integrated River Basin Management in Making Urban Living Sustainable” bersempena dengan penganjuran “Malaysia Urban Forum (MUF) 2019” pada 18 – 19 Februari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia.

Oleh yang demikian,  YBhg Prof. Emeritus Dato’/Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke Program Networking Event ini yang akan diadakan seperti berikut:

Kod Networking Event: NW2
Tarikh: 18 Februari 2019
Masa: 10.00 – 11.00 pagi
Tempat: Hospitality Lounge 4, Hall 4, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Bersama ini disertakan brosur program untuk rujukan  YBhg Prof. Emeritus Dato’/Prof. Dato’/Prof./Tuan/Puan. Bagaimanapun untuk hadir ke program ini, Ybhg Dato’/Prof./Tuan/Puan perlu mendapatkan pass masuk dengan mendaftar sebagai peserta MUF secara online pada laman web http://www.urbanicemalaysia.com.my/MUF2019registration/ . Pendaftaran  adalah percuma. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak sekretariat sedia untuk dihubungi pada talian 010 – 225 9478 atau emel elfith@ukm.edu.my.