Water Seminar: Integrated Water Research Synergy Consortium (IWaReS)

Integrated Water Research Synergy Consortium (IWaReS), satu Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) dalam nic Air di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianggotai oleh Water Research Unit (WRU), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Marine Research Station (MARES), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis, telah berjaya menganjurkan Seminar Air bersama Malaysian Water Partnership (MyWP) pada 28 Jun hingga 1 Julai 2024. Seminar ini telah dihadiri oleh pihak berkepentingan seperti PETRA, SPAN, JPS, LUAS, Semenanjung dan Sabah dan FLAG, telah berwacana tentang isu kualiti, kuantiti dan bencana air secara mendalam.

Terima kasih kepada MyWP atas kerjasama dalam menjayakan Seminar Air ini.

Laporan oleh Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern.