Syarahan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo

UNESCO GLOBAL GEOPARKS: MIMPI MENJADI KENYATAAN

Pada 17 Oktober 2024, Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah menganjurkan syarahan Profesor Emeritus yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, tokoh terkemuka dalam bidang geopark. Syarahan tersebut bertajuk UNESCO Global Geoparks: Mimpi Menjadi Kenyataan.

Syarahan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman penuh cabaran dalam usaha menjadikan geopark sebagai agenda negara dan global. Di dalam syarahannya, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menjelaskan bahawa konsep geopark, yang dibangunkan bersama-sama dengan rakan-rakan beliau, diwujudkan untuk memastikan warisan sumber bumi dipelihara serta dimanfaatkan secara lestari.

Acara ini telah menarik hampir 100 peserta, merangkumi pelbagai agensi termasuk rakan-rakan jaringan akademik, pihak kerajaan, industri, dan pelajar. Sesi soal jawab yang diadakan selepas syarahan, dipengerusikan oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta, Pengarah LESTARI mendapat sambutan hangat. Pelbagai soalan diajukan oleh peserta, menjadikan perbincangan lebih interaktif dan mendalam bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Laporan oleh Wan Daraputri Razali.