Kursus Asas Kelab Ekorelawan UKM : Siri 2
Kursus Asas Ekorelawan UKM Siri 2/2015 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 27-29 November 2015 menutup tirai takwim siri kursus pada tahun 2015 ini. Kursus yang bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam dihadiri seramai 40 peserta yang terdiri dari pelajar sarjana muda dan sarjana. Program yang dijalankan dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem dan Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Sumber Air Bersepadu , Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ini turut mendapat sokongan dengan kehadiran peserta dari Politeknik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta dari para fasilitator modul pembelajaran yang terdiri daripada Felo Kanan dan Pegawai Penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangungan, Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM juga dibantu oleh rakan pensyarah dari UiTM Shah Alam. Pengisian program ini membawa harapan untuk melahirkan generasi muda terutamanya dari golongan mahasiswa UKM sebagai pemimpin masyarakat yang bakal memegang amanah memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan dengan tujuan pembangunan keupayaan dikalangan mahasiswa UKM.
Laporan oleh Nurlina Mohamad Ramzan.