Penyelidikan Kelawar di Kepulauan Langkawi
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 16 – 23 Januari 2016
Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan sekitar Kepulauan Langkawi
Satu kerja lapangan penyelidikan kelawar dibawah kendalian Dr. Juliana Senawi telah diadakan pada 16 – 23 Januari 2016 di beberapa pulau sekitar Kepulauan Langkawi. Penyelidikan ini merupakan satu kajian bagi projek Pembangunan Lestari Sumber Warisan Untuk Kesejahteraan Masyarakat Setempat (AP-2014-007). Kerja-kerja penyelidikan selama lebih kurang seminggu ini bertujuan mengenalpasti spesies kelawar dan kluang yang terdapat di Kepulauan Langkawi. Beberapa perangkap jaring kabut telah dipasang di Pulau Dangli dan Pulau Lalang yang dikenalpasti sebagai perumah bagi kluang-kluang tersebut. Pengiraan bilangan (counting) spesies kluang juga direkod. Selain Pulau Dangli dan Pulau Lalang, beberapa tempat sekitar Kepulauan Langkawi turut dikenalpasti seperti Gua Tok Diang, Gua Pasir Dagang dan Gua Kelawar Dayang Bunting. Kajian ini juga dibantu oleh pelajar-pelajar UKM, doktor haiwan dan pemandu pelancong tempatan.
Laporan oleh Asbiyatulaida Derahman.
Penglibatan pelajar-pelajar UKM dan penduduk setempat dalam kerja-kerja penyelidikan.
Sebahagian kluang yang dilihat tergantung di pokok-pokok di Pulau Dangli.
Perangkap jaring kabut yang dipasang di Pulau Lalang.
Pandangan daripada rumah api di Pulau Dangli. Pengiraan (counting) kluang dilakukan di atas bot serta kiraan daripada rumah api.
Ukuran dan pengenalpastian spesies kluang dijalankan di Makmal Biologi PPL.