BioGeoTrail Kubang Badak

1

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) & Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 26 – 27 April 2016

Tempat: Kubang Badak, Langkawi, Kedah.

BioGeoTrail Kubang Badak adalah merupakan satu projek kerjasama strategik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) sebagai asas penghasilan produk geo-pelancongan Kubang Badak. Projek ini berkonsepkan pelancongan ilmu dan pembangunan bagi mencapai kepuasan maksima pelancongan serta pemeliharaan dan kemajuan sumber asli secara lestari. Objektif utama pembangunan BioGeoTrail Kubang Badak adalah bagi penyediaan booklet pakej pelancongan, skrip pemandu pelancong dan modul latihan khas pemandu pelancong. Berdasarkan tiga aspek utama iaitu biologi, geologi dan budaya, 13 lokasi telah dikenalpasti mempunyai kandungan geotapak, biotapak dan tapak budaya yang bernilai tinggi dan unik. Lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti adalah Pengkalan Nelayan Kubang Badak, Pusat Maklumat/Galeri Kubang Badak, Pulau Kubang Badak, Sungai Siam I, Sungai Siam II, Sungai Siam III, Gua Pinang, Tanjung Ayer Mendidih, Pulau Jemuruk, Tanjung Buta, Titik Pandang Landskap, Bohor Labi dan Jeti Kubang Badak. Pasukan pengkaji yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek BioGeoTrail Kubang Badak ini termasuklah Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Ketua Program Biologi & Marin, PPL), Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Sosio-budaya, PPL), Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Geologi & Landskap, PPL) dan diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Lawatan tapak ini juga turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Prof. Dr. Che Aziz Ali, Dr. Shamsul Khamis, kakitangan PPL, kakitangan LADA dan Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.

2Lokasi: Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak (tapak budaya – perkampungan nelayan, tradisi dan sosio-budaya)

3Lokasi: Pulau Kubang Badak (biotapak – kepelbagaian biologi flora dan fauna hutan bakau)

4Lokasi: Sungai Siam I (tapak budaya – sejarah perkampungan Siam, tarian Manura dan sosio-ekonomi)

5Lokasi: Sungai Siam II (tapak budaya – sejarah aktiviti pembuatan kayu arang dan peninggalan kebuk arang)

6Lokasi: Sungai Siam III (biotapak – kepelbagaian flora dan fauna hutan bakau)

7Lokasi: Gua Pinang (geotapak / biotapak – kepelbagaian geologi dan biologi)

8Lokasi: Tanjung Ayer Mendidih (geotapak – fenomena dan proses geologi serta keunikan landskap)

9Lokasi: Pulau Jemuruk (geotapak – sejarah formasi batuan dan geologi)

10Lokasi: Tanjung Buta (geotapak – keunikan geologi dan landskap)

11Lokasi: Titik Pandang Landskap (geotapak – pemandangan indah landskap pergunungan dan hutan bakau)

12Lokasi: Bohor Labi (geotapak / biotapak – persekitaran beting pasir dengan kepelbagaian hidupan marin)