Belasungkawa

img_1846

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Emeritus Dr. Tjia Hong Djin, Profesor Emeritus LESTARI telah meninggal dunia pada 9 Jun 2016 (Khamis) jam 5.00 pagi tadi. Beliau merupakan Ketua Jabatan Geologi pertama UKM. Menjadi ketua jabatan selama 10 tahun, dan meneruskan kerjaya di UKM hinggalah bersara. Pakar Geologi Struktur dan Geomorfologi, mengabdikan diri dalam dunia akademik, menerbitkan ratusan makalah ilmiah hingga ke akhir hayatnya. Guru dan mentor kepada kebanyakan ahli geologi di Malaysia. Seorang sarjana berwibawa, berintegriti tinggi, sentiasa merendah diri, sangat bersopan dan sentiasa dihormati. Semoga roh mendiang sentiasa dalam ketenangan.

Berita: Nuratikah Mahamad       I       Gambar: ibrahimkomoo.com