Warisan Semulajadi Tanjung Mali Perlu Dikekalkan dan Dipelihara

tanjung_mali_2

Secara umumnya, bahagian pantai barat Langkawi bermula daripada Kuala Teriang di utara hinggalah kawasan Hotel Lanai di selatan terdiri daripada pantai berpasir, dan terdapat dua buah bukit kecil di pesisir pantai ini, iaitu Bukit Tanjung Mali dan Bukit Batu Kulat.  Tanjung Mali merupakan sebuah bukit kecil yang memisahkan Pantai Chenang dengan Pantai Tengah, manakala Bukit Batu Kulat pula terletak berhampiran Hotel Frangipani.  Kewujudan dua bukit kecil di kawasan pesisir pantai yang panjang ini memberikan suatu kelainan bentuk muka bumi dan menjadikannya suatu panorama berpandangan indah untuk nikmati. Baca selanjutnya…..