Penyelidikan “Island Biogeography” Kelawar

IB_1

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI, UKM.

Tarikh: 10 – 16 April 2016

Tempat: Pulau Timun, Gua Buaya dan Pulau Dangli, Langkawi, Kedah.

Penyelidikan kelawar di Kepulauan Langkawi telah diperluaskan menerusi kajian Island Biogeography oleh felo penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), iaitu Dr. Juliana Senawi yangmana turut disertai oleh beberapa orang pelajar pascasiswazah UKM, pemandu pelancong dan kakitangan PPL. Kerja-kerja penyelidikan di Pulau Timun berlangsung selama 4 hari 3 malam, dan seterusnya kajian selama 3 hari 2 malam di Pulau Dangli. Beberapa perangkap harp dan jaring kabut telah dipasang di kedua-dua pulau. Manakala jaring kabut telah digunakan di Gua Buaya, Kilim. Beberapa spesies kelawar dan kluang telah berjaya direkod dan dikenalpasti, antaranya termasuklah cynopterus brachyotis, cynopterus horsfieldii, cynopterus sphinx, kerivoula intermedia, hipposideros bicolor, rhinolophus coelophyllus dan pteropus hypomelanus. Selain itu, kepelbagaian biologi juga dapat diperhatikan di sekitar pulau. Antaranya adalah pelbagai jenis burung, cicak, serangga, tumbuhan hutan dan bakau, serta haiwan mamalia seperti kera, tupai, babi dan musang.

Penyelidikan “Island Biogeography” Kelawar_Page_2Tapak perkhemahan di Pulau Timun dan Pulau Dangli.

Penyelidikan “Island Biogeography” Kelawar_Page_3Aktiviti-aktiviti penyelidikan kelawar termasuklah pemasangan perangkap, perekodan data dan pengenalpastian spesies kelawar.

Penyelidikan “Island Biogeography” Kelawar_Page_4Beberapa spesies kelawar yang berjaya ditangkap menggunakan perangkap harp dan jaring kabut.

Penyelidikan “Island Biogeography” Kelawar_Page_5Antara kepelbagaian biologi flora dan fauna yang dapat diperhatikan sepanjang tempoh kajian.

IB_2Selain kerja-kerja penyelidikan kelawar, plot kepelbagaian spesies tumbuhan juga dilakukan di Pulau Timun dan Pulau Dangli.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.