Kolokium Siswazah LESTARI (KSL 2020)
Kolokium Siswazah LESTARI (KSL 2020) telah diadakan pada 13 dan 14 Oktober 2020 secara atas talian melalui perantara Microsoft Teams. Mengikut perancangan awal, KSL 2020 sepatutnya diadakan secara bersemuka, namun begitu, berikutan negara masih berperang dengan penularan COVID-19, langkah terbaik adalah meneruskan KSL 2020 secara atas talian. Seramai 14 orang pelajar telah membuat pembentangan hasil penyelidikan mereka, iaitu 13 pelajar calon Doktor Falsafah dan seorang calon Sarjana.
Tujuan pembentangan pada tahun ini selain untuk menilai kemajuan penyelidikan pelajar, ia juga bertujuan untuk melatih pelajar membentang dalam jangkamasa hanya 10 minit, bagi menggalakkan mereka peka terhadap cara pembentangan yang mirip kepada ‘Ted Talk’. Setiap pelajar yang membentang perlu menghantar ‘extended abstract’ terlebih dahulu dan bagi sesi pembentangan hanya 8 slide sahaja dibenarkan iaitu, satu slide bagi setiap perkara berikut; Tajuk, Penyataan masalah, Objektif Kajian, Metodologi, Keputusan (3 slide) dan Rumusan.
Penilaian adalah berdasarkan pengetahuan serta pemahaman yang baik dan mencukupi terhadap penyelidikan yang dijalankan; persediaan dan kualiti persembahan yang teratur dan kemas; kemahiran berkomunikasi dan penggunaan bahasa yang baik; dapat memberikan jawapan yang baik dan memuaskan semasa sesi soaljawab serta mengamalkan etika pakaian yang kemas. Pada tahun ini kategori pemenang dibahagikan kepada enam kategori iaitu; terbaik ‘extended abstract’, terbaik wacana, terbaik hujahan, terbaik penampilan dan terbaik keseluruhan.
Keputusan pemenang adalah seperti berikut;
- Pemenang Kategori Terbaik ‘Extended Abstract’: Cik Siti Nur Syazni Mohd Zuki
- Pemenang Kategori Terbaik Wacana: Encik Mohd Khairul Zain Ismail
- Pemenang Kategori Terbaik Komunikasi dan Pembentangan: Cik Ong Jing Yi
- Pemenang Kategori Terbaik Hujahan: Cik Nur Khairlida binti Muhamad Khair
- Pemenang Kategori Terbaik Penampilan: Encik Radin Zulhazmi Radin Abdul Halim
- Pemenang Kategori Terbaik Keseluruhan: Cik Ong Jing Yi
KSL 2020, adalah kolokium siswazah LESTARI yang pertama di adakan atas talian dan dihadiri oleh seramai 75 peserta yang terdiri dari pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik LESTARI. Akhir kata, terima kasih kepada felo-felo akademik LESTARI yang telah sama-sama menjayakan KSL 2020 sebagai penilai pembentangan dan AJK KSL 2020 yang telah menjalankan kewajipan dengan penuh dedikasi dan semangat serta kerjasama yang baik.
Laporan oleh:
Prof. Dr. Hajjah Sharifah Zarina Syed Zakaria
Pengerusi, Kolokium Siswazah LESTARI 2020