Kolokium Siswazah LESTARI 2022
Kolokium Siswazah LESTARI (KSL 2022) telah diadakan pada 12 Oktober 2022 secara atas talian melalui perantara Microsoft Teams. Seramai 15 orang pelajar telah membuat pembentangan hasil penyelidikan mereka, iaitu 10 pelajar calon Doktor Falsafah dan 5 orang calon Sarjana.
Tujuan pembentangan adalah untuk menilai kemajuan penyelidikan pelajar, ia juga bertujuan untuk melatih pelajar membentang dalam jangkamasa hanya 10 minit, dan sesi soal jawab 10 minit. Setiap pelajar yang membentang perlu menghantar ‘extended abstract’ terlebih dahulu yang dinilai oleh 3 penilai dan bagi sesi pembentangan hanya 7 slide sahaja dibenarkan iaitu, satu slide bagi setiap perkara berikut; Tajuk, Penyataan masalah, Objektif Kajian, Metodologi, Keputusan (3 slide) dan Rumusan. Pelajar yang membentang juga digalakkan hadir dalam bengkel penyediaan slide pembentangan, bagi menambah baik teknik dan cara persembahan data dan kandungan yang digunakan. Penilai yang sama juga telah menilai pembentangan pelajar bagi memperhalusi dan menambahbaik.
Penilaian adalah berdasarkan pengetahuan serta pemahaman yang baik dan mencukupi terhadap penyelidikan yang dijalankan; persediaan dan kualiti persembahan yang teratur dan kemas; kemahiran berkomunikasi dan penggunaan bahasa yang baik; dapat memberikan jawapan yang baik dan memuaskan semasa sesi soal jawab serta mengamalkan etika pakaian yang kemas. Pada tahun ini kategori pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu; Pertama ‘extended abstract’, terbaik Doktor Falsafah dan Sarjana, kategori kedua adalah pembentangan terbaik bagi Doktor Falsafah dan Sarjana.
Keputusan pemenang adalah seperti berikut:
Abstrak Lanjutan Terbaik Kategori Sarjana: Sabrina Mawasi
Abstrak Lanjutan Terbaik Doktor Falsafah: Raja Nur Amirah Raja Abu Bakar
Pembentang Terbaik Kategori Sarjana: Yahzam Muhamad
Pembentang Terbaik Kategori Doktor Falsafah: Navakanesh M. Batmanathan
KSL 2022, adalah kolokium siswazah LESTARI yang ketiga di adakan atas talian dan dihadiri oleh seramai 55 peserta yang terdiri dari pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik LESTARI. Akhir kata, terima kasih kepada felo-felo akademik LESTARI, yang telah sama-sama menjayakan KSL 2022 sebagai penilai pembentangan dan AJK KSL 2022 yang telah menjalankan kewajipan dengan penuh dedikasi dan semangat serta kerjasama yang baik.
Laporan oleh:
Gs. Dr. Nuriah Abdul Majid
Pengerusi, Kolokium Siswazah LESTARI 2022