Kursus Pembangunan Keupayaan Pemandu Pelancong Geopelancongan di Mersing Geopark

 

Kursus yang dijalankan pada 16 dan 17 Februari 2022 ini dihadiri oleh hampir 30 orang pemandu pelancong dari negeri Johor, terutamanya dari Mersing. Kursus ini diadakan di Tanjung Penyabong Resort, Mersing dan dibiayai oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Pasukan PECUTAN UNESCO Global Geopark Malaysia. Ini adalah sebahagian dpd agenda pembinaan keupayaan barisan hadapan industri pelancongan negara mengenai ‘geopelancongan, geotapak dan geopark’.

4 topik utama disampaikan ialah:

a) Geopark, Geotapak & Geopelancongan (oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr, Ibrahim Komoo);

b) Geowarisan Mersing dan Geopelancongan (Prof. Dr. Che Aziz Ali);

c) Biotapak Mersing dan Geopelancongan (Prof. Dr. Norhayati Ahmad); dan

d) Pendidikan Awam dalam Geopelancongan (Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman).

Pada hari kedua kursus, tumpuan diberikan kepada pembelajaran lapangan di tiga geotapak/ biotapak terpilih – Volkano Tg Penyabung; Dataran Pasang Surut Tg Mawar; dan  Hutan Gunung Arong.

Laporan oleh Wan Daraputri Razali