Mini Ekspedisi Saintifik Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil

xpdc_pulau_intan

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI, UKM.

Tarikh: 12 – 16 Januari 2016

Tempat: Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil, Langkawi, Kedah.

Satu mini ekspedisi saintifik ke Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Matlamat utama ekspedisi ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat saintifik dari segi fizikal dan biologi di kedua-dua pulau, diantaranya termasuklah pengumpulan maklumat geologi dan landskap, penyenaraian hidupan daratan dan lautan, serta penentuan potensi pembangunan pelancongan. Beberapa buah bot telah digunakan sebagai pengangkutan utama bagi perjalanan ke kedua-dua pulau dan kawasan sekitarnya. Di ekspedisi ini, satu tapak perkhemahan telah dibuat di Pulau Intan Besar bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan biologi (flora dan fauna), seperti pemasangan perangkap kelawar dan perangkap jaring serangga. Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil adalah terdiri daripada batu sedimen Formasi Singa. Beberapa penemuan geologi dan landskap, serta spesies tumbuhan daratan, pesisir pantai dan bakau fauna telah dikenalpasti di kedua-dua pulau ini. Selain itu, spesies fauna seperti serangga, kera, cicak, ular, burung dan kelawar juga telah direkod. Terdapat juga platform batu karang di sekitar pulau dan penemuan fosil-fosil surih. Ekspedisi ini turut dijayakan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) dan beberapa orang perseorangan.

xpdc_pulau_intan_2Tapak perkhemahan di Pulau Intan Besar, Langkawi, Kedah.

xpdc_pulau_intan_3Beberapa buah bot telah digunakan sebagai pengangkutan utama ekspedisi.

xpdc_pulau_intan_4xpdc_pulau_intan_5

Kerja-kerja penyelidikan geologi di Pulau Intan Kecil.

xpdc_pulau_intan_6xpdc_pulau_intan_7

Kerja-kerja penyelidikan kelawar di Pulau Intan Besar. Penangkapan kelawar menggunakan perangkap harp dan jaring kabut.

 

Sumber: Laporan Awal Mini Ekspedisi Saintifik Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.