Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ke PPL
Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar ke Pusat Penyelidikan Langkawi UKM.
Dalam satu lawatan kerja Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Pulau Langkawi pada 13 Mac 2017 yang lalu, Y.B. Dato Sri. Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar berkesempatan meluangkan masa untuk melawat Galeri Penyelidikan, PPL UKM.
Lawatan singkat ini diiringi oleh Dato’ Sr. Dr. Azimuddin bin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar), Ketua-ketua Jabatan Negeri Kedah & Langkawi serta tetamu kehormat yang lain.
Sepanjang lawatan di Galeri Penyelidikan PPL UKM, beliau diberikan penerangan yang sarat dengan informasi umum dan saintifik oleh Pengerusi PPL, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan ketua program di PPL, Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan Dr. Tanot Unjah.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.