Sambutan Hari Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau Sedunia 2019

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dan Galeria Perdana

Tarikh: 25 Julai 2019

Tempat: Galeria Perdana, Langkawi, Kedah.

Bersempena Sambutan Hari Bakau Sedunia, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dan Galeria Perdana, dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Friends of Langkawi Geopark (FLAG) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah mengadakan satu ceramah bertajuk “Hutan Bakau: Simbol Jati Diri Masyarakat Pinggir Pantai”. Penceramah jemputan adalah Dato’ Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani (Presiden FLAG) dan Dr. Ahmad Aldrie Amir, iaitu selaku Ketua Program Integriti Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI, UKM. Antara para peserta yang hadir termasuklah daripada komuniti setempat, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemandu pelancong, NGO, pelajar-pelajar Latihan Industri (LI) dan lain-lain. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengurus Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad, iaitu En. Imran Ismail dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.