Sesi Perkongsian “Journey to Graduate on Time”

Persatuan Pelajar LESTARI 2024/2025 telah menganjurkan Sesi Perkongsian bertajuk “Journey to Graduate on Time” pada 12 Disember 2024 (Khamis) bermula jam 3.00 sehingga 4.00 petang. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan tips, motivasi dan pengalaman daripada bekas pelajar LESTARI yang telah berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Eda Izanie binti Ahmad Kamil, ALUMNI LESTARI dan disertai oleh pelajar-pelajar LESTARI. Ts. Dr. Murnira Othman, Felo Penyelidik dalam ucapan aluannya mengalakkan pelajar untuk menggunakan peluang ini untuk mendapatkan strategi dan tips yang berkesan dalam menempuh cabaran akademik.

Beberapa tips yang telah dikongsi oleh Dr. Eda Izanie adalah :

  1. Membuat perancangan awal dan sentiasa mengikuti jadual yang ditetapkan.
  2. Sentiasa mengadakan perbincangan bersama penyelia.
  3. Mencari peluang untuk mengikuti kelas-kelas berkaitan dengan kaedah penyelidikan, penulisan dan sebagainya.
  4. Sentiasa berhubung dengan pihak institut dan rakan-rakan bagi mendapatkan sokongan tambahan.
  5. Jangan cepat berputus asa.

Pihak Persatuan Pelajar LESTARI berharap sesi perkongsian yang diadakan ini dapat membantu pelajar dalam merancang perjalanan akademik dengan lebih baik dan membantu dalam menamatkan pengajian masing-masing.

Disediakan oleh: Marhaini binti Mat