Tahniah, Dr. Goh Choo Ta
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya. ChM. Dr. Goh Choo Ta di atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) yang baharu mulai 1 Mac 2022 sehingga 28 Februari 2025. Semoga LESTARI terus cemerlang merintis kelestarian, mengukuh keupayaan dan meneroka ilmu ke arah kelestarian masa hadapan.
Selamat menjalankan tugas, Dr. Goh.