Tahniah di atas Perlantikan Semula Pengarah LESTARI
Warga LESTARI merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Raihan Taha yang telah dilantik semula oleh Naib Canselor sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh dua (2) tahun. Semoga LESTARI akan terus cemerlang di bawah kepimpinan YBhg. Prof.