TAHNIAH YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

IBK_edited

Pihak Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo di atas kejayaan beliau menerima Anugerah Personaliti Pelancongan di Majlis Penyampaian Anugerah Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITA) pada 18 Disember 2015 bertempat di Langkawi International Convention Centre (LICC)?.

Beliau telah menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai mengiktiraf sumbangan beliau ke arah mempromosi pelancongan mampan di Langkawi sehingga menjadikan Pulau Langkawi sebagai geopark pertama diiktiraf oleh UNESCO di Asia Tenggara.

Syabas dan Tahniah!