Tahniah Warga LESTARI

Tahniah diucapkan kepada 3 Pegawai Penyelidik LESTARI di atas penerimaan Anugerah PERTADI 2023/2024 yang diadakan pada 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Persidangan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI dan Tuan Haji Zainuddin bin Mohd. Daud, Presiden PERTADI sempena Mesyuarat Agung PERTADI dan Majlis Jamuan Raya.

Berikut merupakan senarai nama penerima Anugerah:
1. Encik Lim Chuon Sian – Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains dan Teknologi)
2. Puan Ku Adriani binti Ku Ayob – Anugerah PERTADI (Penulisan Sains dan Teknologi)
3. Encik Mohamad Mahathir Amir Sultan – Anugerah PERTADI (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi)