UKM – Kyung Hee University Mobility Programme 2018 (UKM-KHU 2018)

Anjuran: International Relations Centre (UKM-Global) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM.

Tarikh: 30 September – 2 Oktober 2018

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Program mobiliti bersama pelajar korea anjuran UKM-Global telah diadakan di Langkawi pada 30 September hingga 2 Oktober 2018. Program ini dikoordinasikan oleh Dr. Juliana Senawi, iaitu Penyelidik Bersekutu PPL bersama Dr. Tanot Unjah, yang merupakan Ketua Program Warisan Geologi dan Landskap PPL. Semasa di Langkawi, para pelajar diberi pembelajaran menerusi kuliah di PPL serta lawatan kerja lapangan bagi mendedahkan mereka tentang keadaan sebenar. Para pelajar dibawa melawat ke Machinchang Cambrian Geoforest Park, iaitu Kereta Kabel Langkawi dan Pantai Pasir Tengkorak, serta melawat ke kawasan Kilim Karst Geoforest Park dan Kompleks Kraftangan Langkawi. Selain itu, para pelajar turut dibawa melihat keindahan dan kecantikan pantai-pantai di Pulau Langkawi, iaitu Pantai Chenang dan Pantai Teluk Yu.

 

Kereta Kabel Langkawi:

 

 

Pantai Pasir Tengkorak:

 

Kilim Karst Geoforest Park:

 

Kompleks Kraftangan Langkawi:

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.