Wacana Kelestarian Bil 1/2024
Pada 13 Mac 2024, Wacana Kelestarian Bil 1/2024 telah disampaikan oleh Alumni LESTARI, Dr. Muhammad Yasar dari Universitas Syiah Kuala-Banda Acheh, Indonesia. Wacana yang disampaikan secara atas talian bertajuk Perubahan Gunatanah Pertanian dan Keselamatan Makanan di Indonesia. Wacana Kelestarian Bil 1/2024 telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran maksimum 95 peserta dari warga dalam dan juga luar UKM.
Tanah yang diperuntukkan untuk pertanian padi dianggap sebagai kawasan yang paling penting yang memerlukan perlindungan kerana ia memberikan sumbangan terbesar kepada keselamatan makanan, terutamanya bagi kemandirian beras. Walau bagaimanapun, penukaran tanah padi masih berlaku dan pada tahap yang menggerunkan.Perubahan guna tanah tanah pertanian akan menyebabkan penurunan pengeluaran makanan dan kerugian alam sekitar, seperti penurunan ruang dengan fungsi pemuliharaan. Di dalam pembentangan Dr. Muhammad Yasar, beliau berkongsi kajian kes di Indonesia tentang perubahan gunatanah sawah yang telah memberi impak keselamatan makanan di negara tersebut. Perkiraan keluasan sawah di Indosia dijangka akan semakin merosot menjelang 2045. Beliau berkongsi kebimbangan kemerosotan ini melalui pembentangan dengan mengulas lebih lanjut hasil analisis ketersediaan tanah sawah nasional di Indonesia dari tahun 2019 hingga 2035. Di akhir pembentangan beliau, beliau menyarankan bahawa jika situasi ini tidak dikendalikan dengan baik, Indonesia dijangka mengalami defisit keluasan tanah sawah mencecah 419.739 Ha.
Laporan oleh Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad.