UKM telah dilantik oleh MAPUM sebagai tuan rumah Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman peringkat Kebangsaan 2018. Konvensyen ini akan diadakan di Hotel Tenera Bangi, dari 24-26 July 2018 bakal disertai oleh 200 peserta terdiri daripada pengetua, felo, pentadbir dan pihak berkepentingan dengan pengurusan kolej kediaman. Konvensyen ini bertemakan “pengurusan kolej kediaman di era autonomi universiti”. Urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar.