UKM Bangi: Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni kolej kediaman UA peringkat Kebangsaan berjaya mengumpulkan 50 kertas kerja. Keseluruhan kertas kerja ini telah diterbitkan secara maya setelah melalui proses suntingan teknikal. Prosiding telah dikelaskan kepada tiga bahagian atau tema utama iaitu Bahagian 1: Governans, Institusi dan Pengurusan Kewangan. Bahagian 2 : Sistem, Sumber Manusia dan Organisasi Cemerlang, dan Bahagian 3: Kolej Akademik, Pembangunan dan Pengurusan Aktiviti Pelajar. Penerbitan prosiding ini dibuat melalui Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (UKM). Selain Prosiding, UKM selaku tuan ruamh turut menerbitkan abstrak keseluruhan artikel dan penerbitan dalam bentuk CD-ROM. Keseluruhan kertas prosiding ini akan dapat diakses pada hari konvensyen melalui lawam sawang ini di menu Penerbitan atau dengan menekan pautan di bawah:
Nik Hairi Omar, Pengerusi Konvensyen dan Wakil MAPUM UKM
Tahniah ya.
En Nik,
Mohon share slides resolusi Konvensyen di Tenera Hotel.
Terima kasih.
Inshallah…