Kuala Terengganu, 8-9 Oktober 2018:  UMT telah dilantik sebagai urusetia mesyuarat MAPUM kali ke 72 (bil3/2018) yang diadakan pada 8-9 Oktober yang lepas. Pra mesyuarat dijalankan pada 8 Oktober dan mesyuarat sebenar pada 9 Oktober. Sebelum itu, pada 7 Oktober, sejumlah kira-kira 25 ahli MAPUM turut dibawa bersama rombongan TNCHEPA UMT untuk lawatan sambil belajar ke beberapa pulau bagi melihat usaha yang dijalankan  UMT melalui pendidikan sains laut terutamanya kawasan perlindungan dan penetasan penyu yang dijaga sepenuhnya oleh UMT. Rombongan juga dibawa melawat tapak peninggalan pendatang Vietnam di Pulau Bidong. Hujan lebat dan ribut tidak mematahkan semangat ahli MAPUM dalam program lawatan ini. Bagi pihak UA, MAPUM UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada UMT di atas layanan yang diberikan sepanjang lawatan dan mesyuarat. Mesyuarat terakhir MAPUM pada  tahun 2018 dijangka diadakan di UTEM Melaka. Jumpa di sana!     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *