Fakulti Perubatan UKM

Ijazah Sarjana Kejururawatan

Penerangan Kursus

Ini merupakan kursus asas kejururawatan untuk menyediakan jururawat tahap pertama yang mampu member tanggungjawab dalam kejururawatan klinikal tahap tinggi, dan pada masa yang sama cuba meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penyelidikan dan pembangunan lanjutan dalam bidang kejururawatan.

Ia merupakan kursus 4 tahun yang merangkumi semua kursus-kursus yang diajar di dalam program Diploma termasuk rawatan perubatan mendalam, dan sains social, kemanusiaan, penyelidikan kejururawatan, kesihatan umum dan masyarakat, dan sains pengurusan. Kerja kursus tambahan ini akan meningkatkan pembangunan profesional dan akan menyediakan mereka untuk practice yang lebih meluas, lebih memahami tentang isu-isu budaya, politik, ekonomi, dan social, mempunyai kapasiti lebih untuk mengikut perubahan dan untuk bekerjasama di antara kumpulan disiplin berlainan dan juga untuk mengintegrasi kemahiran klinikal dengan pengetahuan sumber-sumber masyarakat.

Kursus Sarjana Muda Kejururawatan menawarkan nilai kredit yang lebih tinggi dalam pendidikan liberal dalam bentuk falsafah dan teori-teori kejururawatan, sosiologi perubatan, isu-isu etika dan medikolegal, pendekatan yang lebih intensif terhadap pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran untuk menganalisa dan berkomunikasi data, pendidikan dan kaunseling pesakit. Yang lebih penting adalah pembangunan kemahiran-kemahiran komunikasi dan menjadi ketua, kemahiran pendidikan pesakit, dan kemahiran penilaian pesakit, perancangan dan penilaian jagaan termasuk pembangunan pathways kritikal yang mana ia amat penting dalam senario klinikal sekarang.

STRUKTUR KURSUS

TAHUN 1

Semester 1

FFFJ1012 Health & Health Promotion
FFFJ1314 Anatomy, Physiology and Biochemistry I
FFFJ1214 Foundation of Nursing Practice I
FFFJ1413 Foundation of Nursing Practice II
FFFJ1113 Microbiology, Parasitology and Immunology

LMCW2173 Hubungan Etnik
LMCE1012 Academic Communication I

Semester 2

FFFJ1222 Basic Communication and Introduction to Ethics
FFFJ1324 Anatomy, Physiology and Biochemistry II
FFFJ1224 Adult Nursing I
FFFJ1622 Sociology
FFFJ1424 Principles of Pharmacology

LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi
(Pelaksanaan aktiviti/projek di peringkat fakulti/kolej/persatuan)

TAHUN 2

Semester 1

FFFJ2014 Adult Nursing II
FFFJ2114 Anatomy, Physiology and Biochemistry III
FFFJ2314 Adult Nursing III
FFFJ2414 Community Health Nursing

LMCW2163 Tamadun Islam & Tamadun Asia
LMCE2032 Workplace Communication for Nurses
LMCW2922 Kemahiran Insaniah

Semester 2

FFFJ2123 Principles of Nutrition
FFFJ2124 Adult Nursing IV
FFFJ2224 Adult Nursing V
FFFJ2423 Primary Health Care
FFFJ2622 Developmental Psychology

TAHUN 3

Semester 1

FFFJ3014 Critical Care Module
FFFJ3114 Home Care Module
FFFJ3214 Mental Health Module
FFFJ3313 Understanding Nursing Theories
FFFJ3713 Nursing Informatics

LMCE3031 Professional Written Communication

Semester 2

FFFJ3024 Paediatric Module
FFFJ3124 Obstetrics & Gynecology Module
FFFJ3324 Oncology Module
FFFJ3823 Professional Relationship in Nursing Practice
Elective I (Non-Nursing) – 3 credits

TAHUN 4

Semester 1

FFFJ4714 Basic Statistics & Research Methods
FFFJ4612 Medical Sociology
FFFJ4814 Management in Nursing Practice
FFFJ4613 Patient Education
Elective II (Nursing)
FFFJ4114 Paediatric Nursing
FFFJ4214 Critical Care Nursing
FFFJ4314 Mental Health Nursing
FFFJ4414 Renal Nursing
FFFJ4514 Orthopaedic Nursing
FFFJ4914 Community Health Nursing

Semester 2

FFFJ4122 Ethics and Medicolegal Aspects in Nursing
FFFJ4724 Research Project
FFFJ4124 Gerontology Module
FFFJ4423 Nursing Management Practicum

SYARAT KEMASUKAN
Syarat-syarat Kemasukan

I. Keperluan Kelayakan Asas

a) STPM/Matrikulasi atau setaraf dengannya; lulus dalam Biologi dan Kimia atau Biologi dan Fizik; dan Lulus Kertas Umum.

ATAU

Diploma Kejururawatan yang diiktiraf dengan minimum PNGK 3.00 atau setaraf dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun dan kemasukan ke tahap sesuai dalam tempoh 4 tahun berdasarkan sistem pemindahan kredit.

DAN

b) Kredit dalam Bahasa Malaysia dan Matematik di peringkat SPM.

DAN

c) Lulus MUET Band 3

DAN/ATAU

d) Temuduga persendirian untuk menentukan:
• Kemampuan fizikal
• Potensi akademik dan kualiti nilai diri
•Kenyataan peribadi tentang matlamat dan minat dalam bidang kejururawatan
• Kecekapan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

II. Syarat Khas Fakulti

a) Kemasukan terus ke Tahun 3
Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memenuhi keperluan berikut:

• Memiliki Diploma Kejururawatan atau setara dengan PNGK 3.00 dan pengalaman klinikal yang memuaskan tidak kurang dari 2 tahun;
• Memiliki Diploma Lanjutan yang diiktiraf atau setara dalam apa jua bidang kejururawatan;
• Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia;
• Jika berkenaan, semua kelayakan mesti berdaftar dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

b) Kemasukan Terus ke Tahun 2
Pemindahan kredit mungkin boleh dipertimbangkan untuk calon yang memnuhi keperluan berikut:

• Memiliki Diploma Kejururawatan dengan PNGK 3.00 atau setara dan kelayakan ini telah berdaftar dengan MQA;

DAN
• Mempunyai pengalaman klinikal 2 tahun yang memuaskan.

DAN

• Memiliki Sijil Amalan Tahunan daripada Lembaga Jururawat Malaysia.

Panduan Pemindahan Kredit
Calon yang diterima masuk terus ke tahun 2 akan dikecualikan daripada mengikuti kursus-kursus berikut:

SAINS KEJURURAWATAN (Tahun 1 & 2)
• Foundation of Nursing Practice I & II (7 kredit)
• Adult Nursing I, II, III, IV & V (20 kredit)
• Health & Health Promotion (2 kredit)
• Community Health Nursing (4 kredit)
• Primary Health Care (3 kredit)

SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN (Tahun 1 & 2)
• Sosiologi (2 kredit)
• Basic Communication & Introduction to Ethics (2 kredit)
• Developmental Psychology (2 kredit)

Jumlah kredit yang dikecualikan : 42 kredit

Bagi calon yang sama, semua kursus dalam komponen Sains Perubatan Asas tidak boleh dikecualikan di atas sebab-sebab berikut:
• Semua kandungan dalam komponen Sains Perubatan Asas terutama Patologi, Immunologi, Hematologi dan Genetik tidak diberi tumpuan secukupnya dalam Program Diploma; dan
• Hasil pembelajaran dan penyampaian kandungan tidak menepati standard yang ditetapkan.
Kursus-kursus Sains Perubatan Asas Tahun 1 & 2 berikut perlu diikuti:
• Anatomi, Physiology & Biochemistry I, II & III (12 kredit)
• Microbiology, Parasitology & Immunology (3 kredit)
• Principles of Pharmacology (4 kredit)
• Principles of Nutrition (3 kredit)

Jika berkenaan, calon yang sama juga dikehendaki mengikuti Kursus Wajib Universiti bernilai 20 kredit.
Jumlah kredit yang perlu diambil : 41 kredit

Calon yang diterima masuk terus ke Tahun 2 dikecualikan daripada menduduki Peperiksaan Ikhtisas I kerana mereka dianggap selamat di atas 2 sebab:
• Calon telah lulus Peperiksaan Ikhtisas Akhir Diploma Kejururawatan; dan
• Calon adalah Jururawat Berdaftar dan memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) dan telah mengamali bidang kejururawatan selama 2 tahun.

III. Lain-lain Syarat

Dalam keadaan istimewa, Senat akan meluluskan kemasukan berdasarkan kepentingan dan keperluan tertentu yang dianggap sesuai dan boleh diterima oleh Fakulti/Universiti.

MAKLUMAT BERHUBUNG

Maklumat Untuk Dihubungi

Tahun 1 hingga 4 – Puan Rumaizam Mohd Noor (03-9145 5030)