IPT TEMPATAN DIGALAK JALIN KERJASAMA DENGAN ORGANISASI ANTARABANGSA
Oleh Asmahanim Amir
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024 – Semua institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia digalakkan untuk menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa dalam pelbagai bidang, sejajar dengan dasar dan strategi pengantarabangsaan yang dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata KPT meletakkan penanda aras supaya IPT tempatan dapat menceburi bidang kerjasama antarabangsa yang berpotensi membawa manfaat kepada negara.
“Langkah yang diletakkan ini bukan bertujuan meraih kepentingan kepada pihak universiti semata-mata, tapi juga untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya melalui pendekatan yang dilakukan dalam usaha mengkomersialkan hasil kajian dilakukan.
“Kita tak boleh hanya bersandar kepada kerangka lama kerana seluruh dunia sedang berubah.
“Maka menjadi tanggungjawab kita melihat perubahan yang berlaku. Jadi, seluruh institusi yang ada perlu melihat perubahan yang pantas dan deras.
“Misalnya dalam lawatan (rasmi) saya ke beberapa negara baru-baru ini, antara lain adalah membuka peluang mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawat untuk mengukuhkan persefahaman dalam bidang pendidikan,” katanya kepada media di Parlimen.
Terdahulu, beliau telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Jeil Pharmaceutical Co Ltd, di Parlimen.
Dokumen MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman, yang mewakili UKM, manakala Jeil Pharmaceutical diwakili oleh Pengarah Kanan Jeil Pharmaceutical, Somee Kim.
-
RAWAT JERAWAT SEGERA UNTUK ELAK PARUT KEKAL20 Nov 2023 public
-
WANITA MUDA OBES BERISIKO KANSER RAHIM (UTUSAN MALAYSIA)08 Aug 2024 public
-
DEFINING LONG COVID COULD EASE INSURANCE PROCESS13 Aug 2024 public
-
ILLEGAL SEX STIMULANTS OPENLY SOLD ON SHOPPING PLATFORM14 Aug 2024 public
-
PUTTING THE BRAKES ON ACCIDENTS13 Aug 2024 public