Megalitik Negeri Sembilan

Makam

Makam Syeikh Ahmad Majnu

Beliau merupakan seorang pendakwah yang menyebarkan syiar islam di zaman Kesultanan Melayu. Makam ini merakamkan peralihan zaman Hindu-Buddha kepada zaman Islam kerana terdapat batu bersurat yang ditemui berhampiran dengan makam Syeikh Ahmad Majnu. Era Kesultanan Melaka menyaksikan peralihan daripada era Srivijaya kepada era kebangkitan kesultanan Melayu. Batu bersurat ini juga merakamkan penghijrahan masyarakat Minangkabau pada satu peringkat di zaman Kesultanan Melaka ke semenanjung. Batu bersurat tersebut ditulis dalam tulisan jawi bercampur dengan skrip kawi menunjukkan peralihan zaman Hindu-Buddha kepada zaman Islam.

Makam Syeikh Ahmad Maju, terletak di Pengkalan Kempas

Makam Tuan Tulis

Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang penuh semangat untuk menuntut ilmu agama. Beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis.

Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini. Namun begitu, makam beliau telah dipagarkan dan berkunci kerana terdapat aktiviti ritual telah dilakukan di makam beliau.

Makam Tuan Tulis, terletak di Kampung Kuala Talang

Makam Dato Johor

Menurut cerita penduduk tempatan, selepas Dato Johor menghilangkan diri, penduduk kampung menjumpai serban beliau di atas batu megalitik tersebut. Maka megalitik tersebut di anggap sebagai Makam Dato Johor untuk merakamkan penghormatan masyarakat terhadap beliau. Selain itu, di sekitar makam tersebut terdapat jumpaan pecahan seramik semasa lawatan semula tapak megalitik dilakukan. Jumpaan secara kecil berwarna putih biru serta putih dan semua jumpaan ini hanyalah dalam bentuk yang kecil. Namun begitu terdapat juga pecahan yang boleh dicantumkan dengan pecahan lain. Seramik yang dijumpai dipercayai berasal dari China dan bertarikh abad ke-15 hingga ke-18.

 

 

 

Seramik merupakan salah satu artifak yang sering dijumpai dikebanyakan tapak arkeologi bermula dari zaman Neolitik. Jumpaan seramik di kawasan tapak kajian menjadi kayu pengukur bagi perkembangan teknologi dan sistem sosial masyarakat di kawasan tersebut apabila tiada dokumen bertulis diperoleh. Penemuan seramik di tapak ini berkemungkinan berkait dengan aktiviti atau upacara masyarakat setempat yang mempercayai bahawa makam Dato Johor itu mempunyai kuasa, keramat dan sebagainya.

Makam Johor, terletak di Kampung Tg. Bangkong
Seramik

Makam Pawang Basir

Makam Pawang Basir, terletak di Masjid Kariah Bukit Melintang

Makam Tok Pintak

Makam Tok Pintak, terletak di Kampung Kuala Talang