Megalitik Negeri Sembilan

Soalan Lazim

Megalit merupakan perkataan Yunani iaitu ‘Mega’ bermaksud besar dan ‘Lith’ bermaksud batu. Gabungan kedua-dua perkataan tersebut membentuk Megalit dan secara amnya bermaksud batu-batu yang mempunyai pelbagai saiz dan rupa yang dibentuk sebagai satu alat atau simbol. 

Di Negeri Sembilan, kedudukan batu megalit pada masa kini kebanyakannya terletak dalam kawasan kediaman persendirian dan dalam tanah adat milik masyarakat Minangkabau. Namun Begitu, sebahagian batu megalit telah dipindahkan dan dipusatkan di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Pekan Pengkalan Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di Malaysia, batu megalit turut dijumpai di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak. Selain itu, ianya turut dijumpai di Sabah dan Sarawak.