Teromba ialah sejenis tambo berbentuk prosa berirama, puisi bebas dan pantun bercerita. Teromba juga disebut sebagai terumba yang bermaksud sejarah, babad, riwayat kuno dan hikayat yang membangkitkan perkara yang sudah-sudah (Kamus Am, 1995:1059). Kebenaran dari ketentuan-ketentuan alam juga diketengahkan melalui teromba dalam adat Perpatih. Teromba juga merupakan adat dan peraturan dalam masyarakat khususnya tentang undang-undang adat dan norma-norma sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Teromba ditulis dalam bentuk susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang disebut ‘Puisi Adat’.
Penakik pisau si raut,
Ambil galah batang lintabung,
Selodang jadikan nyiru,
Air nang sititik jadikan lautan,
Tanah nang sekepal jadikan gunung,
Alam terkembang jadikan guru.
Ambil galah batang lintabung,
Selodang jadikan nyiru,
Air nang sititik jadikan lautan,
Tanah nang sekepal jadikan gunung,
Alam terkembang jadikan guru.
Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin
Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup, Felo Penyelidik Kanan
Penerangan dan pengajaran daripada teromba tersebut:
Kita mestilah belajar daripada alam sekitar (alam terkembang jadikan guru). Semuanya ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita hari ini dan akan datang.