Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mampan perlu disemai dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesaksamaan dan keadilan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, jurang pendapatan yang masih wujud di negara kita perlu ditangani dengan berkesan untuk memastikan Malaysia terus kekal stabil dan harmoni.
Bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dalam bidang pembangunan dasar awam, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari 2015 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penubuhan Malaysian Inclusive, Development and Advancement Institute (MINDA UKM) untuk dibangunkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar menjadi sebuah institusi penyelidikan yang akan menjalankan kajian-kajian khusus untuk menangani isu ketidaksaksamaan sosial dan ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan penekanan kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi yang bersifat inklusif serta mengecilkan jurang pendapatan rakyat.
Penubuhan MINDA UKM adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar institusi pendidikan di Malaysia dapat memainkan peranan yang penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara disertai dengan pembahagian kekayaan adil dan saksama. MINDA UKM juga akan menjadi institusi yang menerajui pengembangan ilmu pembangunan dasar awam yang dapat membantu pembangunan kemajuan negara. Melalui kepakaran dan bakat yang ada, serta persekitaran pembelajaran yang baik, MINDA UKM bertekad untuk menjadi pusat rujukan negara yang bertaraf antarabangsa dalam menangani isu pembangunan dasar awam negara.
Matlamat dan pelan pembangunan dasar awam amat penting untuk Malaysia dan MINDA UKM akan menyepadukan enam (6) skop bidang fokus utama iaitu:
i. Makro, Domestik & Antarabangsa ii. Sumber manusia & Bakat iii. Memacu Teknologi & Inovasi iv. Jurang & Inklusiviti v. Sosial, Kelestarian & Agenda ESG vi. Kerajaan & Penyampaian Awam
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan mengumumkan penubuhan Malaysian Inclusivity, Development and Advancement Institute (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
BIDANG FOKUS MINDA-UKM
1. MAKRO; DOMESTIK & ANTARABANGSA
2. SUMBER MANUSIA & BAKAT
3. MEMACU TEKNOLOGI & INOVASI
4. JURANG & INKLUSIVITI
5. SOSIAL, KELESTARIAN & AGENDA ESG
6. KERAJAAN & PENYAMPAIAN AWAM
AKTIVITI MINDA-UKM
Menjadi pusat rujukan yang dipercayai dan tersohor kepada kerajaan Malaysia dalam menggalakkan kemajuan dan pertumbuhan nasional.
Untuk menjalankan program kajian dan khidmat perundingan yang sistematik dalam isu serta cabaran pembangunan dan kemajuan yang dihadapi oleh Malaysia berdasarkan pembuktian, pemahaman dan penghasilan solusi berasaskan fakta.
Untuk menjadi pusat wacana dan perbincangan serta perkongsian maklumat dalam kalangan pembuat dasar, industri dan pemegang taruh bagi isu dan cabaran nasional.
Untuk membangunkan kumpulan pakar dan bakat dalam pembangunan polisi awam yang memenuhi landskap baharu ekonomi menerusi kolaborasiprogram perintis dan latihan dalaman bersama pakar di MINDA-UKM.
Untuk mewujudkan jaringan dan kerjasama strategik bersama institusi berkaitan polisi di peringkat global untuk memposisikan Malaysia dalam jaringan kajian polisi antarabangsa.
Untuk berinovasi, mempromosi serta advokasi perubahan dan kemajuan dalam model dan pendekatan polisi awam.