ANTARA BELAJAR DAN KERJA SAMBILAN
OLEH RABIATUL ADAWIYAH
Memang tidak dapat dinafikan lagi kos pendidikan dan sara hidup semasa berada di IPT sangat tinggi. Bantuan mahupun pinjaman kewangan yang diberikan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian pada setiap semester.
Ramai pelajar yang telah mencari jalan kepada masalah kewangan dengan melakukan kerja-kerja sambilan. Bagaimanapun ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan dikor-bankan jika anda ingin melakukan kerja-kerja sambi-lan. Antaranya ialah masa, pelajaran, modal dan banyak lagi. Khalil Razak dan Rozaiti Binti Mazlan merupakan contoh usahawan muda semasa di alam universiti. Kedua-dua usahawan ini mempunyai latar belakang perniagaan dan pekerjaan serta matlamat yang berbeza namun mempunyai visi dan misi yang sama.
LATAR BELAKANG PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN Khalil Razak atau lebih dikenali sebagai Khalil merupakan seorang penceramah dan ahli perniagaan yang semakin berjaya. Tiga tahun yang lalu, beliau hanya seorang pelajar biasa yang sentiasa menjadikan buku sebagai teman. Bermula dengan menjadi seorang penceramah motivasi, kemudian beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Baru- baru ini beliau telah mengasaskan satu perniagaan yang dikenali sebagai “Perniagaan Tanpa Modal’. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lain mencari duit sampingan bagi menampung keperluan harian. Manakala pelajar jurusan Ekonomi dan Pengurusan ini pula iaitu Rozaiti Mazlan atau lebih dikenali sebagai Rozy Ana masih baru dalam dunia perniagaan. Kerana minat yang sangat kuat dalam dunia perniagaan, beliau memulakan perniagaan mengikut kemampuan beliau dalam mengeluarkan modal. Perniagaan printing yang diusahakannya ini tidak memerlukan beliau mengeluarkan modal yang banyak. Walaupun secara kecil-kecilan, namum pendapatannya mampu menampung keperluan harian beliau. Bagi memajukan perniagaan beliau, beliau telah mereka cipta aksesori seperti kerongsang, menjahit, jahitan sulam, seni kait dan sebagainya. |
DORONGAN
Dorongan sama ada daripada keluarga, rakan-rakan mahupun diri sendiri sangat penting dalam kejayaan seseorang. Tanpa dorongan ini, seseorang itu akan lemah serta mundur. Malah seseorang perlulah memahami tujuan asal untuk memulakan perniagaan supaya tidak mudah terduduk ketika menghadapi dugaan. Pada asalnya, gerbang perkahwinan merupakan kekuatan dan semangat kepada Khalil Razak untuk terus berjaya. Menurut beliau yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, untuk mencapai niatnya, beliau perlu melakukan sesuatu yang boleh memberi pendapatan kepada beliau walaupun ketika ini beliau masih bergelar seorang siswa. Abangnya turut memberi sokongan kepada beliau untuk lebih maju disamping dapat menjadi kebanggaan ayahnya. Bagi Rozy Ana yang berlatar belakangkan keluarga yang berniaga secara kecil-kecilan telah memberi semangat kepada Rozy Ana untuk meneruskan dan memajukan perniagaan keluarganya. Walaupun beliau merupakan anak tunggal perempuan daripada lima orang adik-beradik, namun semangatnya untuk menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya merupakan salah satu dorongan yang paling utama dalam perniagaannya. PENGORBANAN MASA
Sekiranya kita mempunyai kerja sampingan maka masa untuk anda menelaah pelajaran semakin berkurangan. Disinilah pembahagian masa itu penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun pekerjaan. Kedua-dua usahawan ini berpendapat, pembahagian masa sangat penting supaya kita tidak ketinggalan dalam pelajaran mahupun perniagaan. Menurut Rozy Ana, setiap mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan semasa bergelar pelajar perlulah mempunyai jadual harian. Oleh itu, setiap pelajar perlulah mempunyai jadual supaya masa tidak terabai begitu sahaja. Namun, perlu diingatkan bahawa pelajaran masih lagi perkara penting yang perlu diutamakan dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan |
MELATIH BERDIKARI
Keinginan untuk berkerja sambilan atau melakukan perniagaan adalah bergantung kepada setiap induvidu itu sendiri sama ada boleh melakukannya atau tidak. Dengan membuat kerja sampingan ini, dapat membantu pelajar berdikari tanpa mengharapkan ihsan daripada ibu bapa. Perkataan berdikari tidak asing lagi dalam hidup Rozy Ana dan Khalil Razak. Semenjak melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia, mereka tidak pernah bergantung kepada kedua ibu bapa mereka. Kemahuan mereka akan diusahakan sendiri. IMPIAN ATAU MATLAMAT JANGKA MASA PANJANG Matlamat jangka masa panjang perlu ada untuk menentukan arah tuju sesuatu yang diusahakan. Pelajar harus bertanya adakah sesuatu pekerjaan yang telah dilakukan itu sesuai untuk dibawa atau diteruskan selepas tamat pengajian. Bagi Khalil Razak, perniagaannya tetap diteruskan. Malah beliau bercita-cita untuk memajukan lagi perniagaan yang telah diusahakan. Bagi Rozy Ana pula, beliau akan meneruskan perancangan keluarga untuk membuka sebuah restoran. Pengalaman berniaga yang diusahakan kini akan dijadikan pengalaman yang sangat berharga dalam pemulaan kerjayanya. Namun kedua-dua mereka akan tetap mencari kerja sampingan seperti dalam sektor kerajaan mahupun swasta selepas tamat belajar nanti. Kesimpulannya, tidak salah untuk anda mencari kerja sampingan atau memulakan perniagaan semasa belajar kerana ia dapat membantu anda sama ada untuk masa sekarang ataupun ketika masa hadapan. Namun begitu anda perlu melihat juga kesan yang mungkin timbul akibat dari apa pilihan anda. Ini kerana apabila anda ingin melakukan kerja sambilan atau perniagaan, semestinya aktiviti harian anda akan berubah. Oleh itu anda perlu melihat kemampuan diri anda terlebih dahulu sebelum melakukannya. |