bersantai di danau
oleh mohd solehudden mohd ahhari
Bertapak sebagai destinasi golf yang sangat menarik dan terkenal di seluruh dunia. Sudah tentu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi daya tarikan pelancong untuk memilih padang golf di Malaysia sebagai destinasi untuk bermain golf disamping aktiviti yang lain. Antaranya ialah terdapatnya iklim tropika, pusat membeli-belah, kepelbagaian makanan, keindahan alam semula jadi, dan budaya rakyatnya.
Oleh sebab itu, Kelab Golf Danau, UKM di Bangi, dipetakan di Lebuhraya Utara-Selatan melalui plaza tol Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan lokasi utama yang menanti para penggemar sukan golf.
Kelab Golf Danau dimiliki oleh Kelab Rekreasi UKM dan kini diuruskan oleh Saujana Scape dan Hijau (SSG) Sdn Bhd. Kelab golf ini mempunyai cabaran yang menarik buat penggemar sukan golf, di mana terdapat 18 lubang di seluruh kawasan seluas 170 hektar ini.
Kelab Golf Danau, UKM juga mempunyai kemudahan rekreasi yang sangat baik dan popular kepada individu mahupun korporat. Kemudahan termasuk padang golf, gelanggang tenis dan gelanggang skuasy, gimnasium, kolam renang bersaiz Olimpik untuk keluarga, sauna, taman permainan kanak-kanak, bilik karaoke dan dewan serbaguna.
Sambutan pelancong atau pelajar terhadap Kelab Golf Danau, UKM sangat memberangsangkan kerana bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, iaitu setiap pelajar hanya dikenakan yuran sebanyak RM2 manakala orang luar dikenakan yuran sebanyak RM5 bagi setiap seorang. Berdasarkan yuran tersebut didapati sambutan yang diterima amat menggalakkan ketika hujung minggu. Kemudahan serta keperluan yang disediakan sangat baik serta membantu para pengunjung yang inginkan suasana tenang dan damai.
Menurut seorang daripada pelajar jurusan akaun dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang mengunjungi Kelab Golf Danau, UKM, Aswadi Bin Razali, berpendapat, “yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan perkhidmatan yang diberikan juga baik, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap bulan pasti saya akan ke sini untuk merehatkan badan dan minda,” katanya.
Struktur bahagian pengurusan di Kelab Golf Danau, UKM terdiri daripada, Pengurus Besar Kelab iaitu Abd. Shukor Ahammu, Pengurus Turf, Abdul Razak bin Abd. Samad, Eksekutif Kanan Akaun dan Keahlian, Hazlee bin Hafiz, Eksekutif Operasi Golf, Hazila bt Mohd Noor dan Azhar bin Aziz, manakala Eksekutif Promosi Dan Jualan ialah Sapuan bin Nonan.
Menurut salah seorang lagi pengunjung yang sempat meluangkan masa untuk datang dan merasai sendiri ketenangan suasana bersantai di Kelab Golf Danau, UKM, Hazirah Binti Ahmad Razi berkata, “hanya dengan bayaran RM2, anda semua dapat mandi dengan sepuas hati. Suasana yang aman dan tenang sangat selesa bagi semua pengunjung yang datang,” tambah beliau lagi.
Ketenangan suasana menyebabkan sambutan terhadap Kelab Golf Danau, UKM sangat memberangsangkan, suasana inilah merupakan imej yang sempurna kepada Kelab Golf Danau tersebut. Setiap bayaran yuran yang dikenakan juga berpatutan, membolehkan taman rekreasi ini mendapat tempat di hati ramai pengunjung yang telah datang kesini. Oleh yang demikian, aset pelancongan yang dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Malaysia ini perlu dijaga dan dipelihara dari masa ke semasa agar taman rekreasi ini terus dikenali bukan sahaja di dalam universiti, malah di seluruh negara.

Alamat:
Kolam Renang Kelab Golf DANAU, UKM Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Website:
http://www.danaugolf.com/
Jadual kelas renang adalah seperti berikut:
Dibuka pada setiap hari Sabtu
Masa:
3 hingga 4 petang (kanak-kanak 5 dan 6 tahun)
4 hingga 5 petang (murid sekolah 7 hingga 17 tahun)*
5 hingga 6 petang (dewasa lelaki dan wanita)*
* lelaki & wanita diasingkan.