Bergaya Dan Menutup Aurat
Pakaian Muslimah elegan. Itu adalah antara pilihan pakaian bagi kaum muslimah kini yang menutup aurat tetapi masih mahu lagi bergaya secara elegan. Kini, ramai yang telah mengenengahkan konsep sebegini dalam memperkenalkan T-shirt muslimah dan tidak kurang juga ‘blouse’ muslimah. Muslimah Attire Online, merupakan salah satu perniagaan ‘online’ yang menawarkan pakaian jenis T-shirt kepada wanita-wanita di luar sana tetapi masih lagi menekankan konsep muslimah yang sopan. Ianya diterajui oleh Puan Darwina Sanif yang memulakan perniagaan ini pada bulan April 2011 dengan memperkenalkan T-shirt Zariya yang membawa konsep ‘trendy muslimah’ dengan pelbagai rekaan yang menarik. Menariknya lagi, T-shirt Zariya ini didatangkan dengan pelbagai corak dan rekaan yang menarik sesuai untuk semua golongan wanita daripada semua peringkat umur.
Seiring dengan permintaan pelanggan yang semakin tinggi, Puan Darwina juga telah memperkenalkan T-shirt Zariya yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak. Pelbagai rekaan dan corak yang cantik serta menarik perhatian kanak-kanak untuk memakainya. Kemudian, beliau juga, telah menghasilkan rekaan beliau sendiri iaitu ‘blouse’ muslimah ‘lycra denim’ yang diperbuat 100% daripada kain ‘lycra’. “Kemewahan dan keselesaan adalah hak semua wanita-100% lycra Korea kami pasti dapat memenuhi kepuasan anda seperti pelanggan kami yang lain” menurut Puan Darwina sendiri mengenai rekaan terbaru hasil inspirasi beliau sendiri. ‘Lycra denim’ ini juga direka dengan pelbagai warna yang menarik sesuai dengan kehendak pelanggan yang semakin memberangsangkan dari sehari ke sehari.
Beliau berasa sangat gembira dan berpuas hati apabila ‘blouse’ Muslimah dengan rekaan ‘A-Line’ ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan daripada para pelanggan. Oleh yang demikian, beliau telah menubuhkan jenama beliau sendiri iaitu Awinaz Collection yang menawarkan pelbagai koleksi terkini T-shirt Zariya serta blouse muslimah ‘lycra denim’. Perkara yang lebih menarik di sini adalah beliau telah menggunakan ‘tagline’ beliau sendiri dalam Awinaz Collection iaitu ‘Brings Boutique Quality To The Street’ yang mana beliau sendiri telah membawakan T-shirt serta ‘blouse’ muslimah yang sesuai dengan gaya masa kini. Anda boleh melayari link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Muslimah Attire Online ini.Selamat membeli-belah 'online'!!! https://www.facebook.com/pages/Muslimah-Attire-Online/199919200030739
oleh:
Siti Rasyidah Nordin