FOBIA JARUM BUKANLAH ALASAN UNTUK TIDAK MENDERMA DARAH
Oleh Sh. Nurafiqah Bt. Syed Ahmad Kamal
Bangi, UKM : “Kebanyakan orang fobia untuk menderma darah kerana berpendapat bahawa ia adalah suatu proses yang sangat menyakitkan.” kata ketua pengarah Minggu Menderma Darah, saudara Kuan Han Jack. Menurut beliau ini adalah respon yang lazim diterima daripada warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika diminta untuk menderma darah.
Namun, Kuan Han Jack berpendapat, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebelum proses menderma darah dijalankan, penderma akan diberikan ubat penenang yang mengurangkan rasa sakit. Selain itu, mereka yang bertugas pada waktu itu akan memberikan dorongan serta menerangkan proses pendermaan darah kepada mereka yang ragu-ragu untuk menderma.
Kuan Han Jack berkata, “Terdapat ramai yang ingin menderma tetapi tidak dibenarkan disebabkan masalah – masalah kesihatan yang dialami yang boleh membahayakan diri mereka sekiranya mereka menderma darah.” Menurut beliau lagi, antara masalah kesihatan tersebut ialah kekurangan berat badan iaitu berat badan kurang daripada 45kg, kekurangan zat besi, wanita hamil, mengambil ubat- ubatan, kekurangan tidur dan tidak mencukupi jarak 3 bulan dari menderma darah sebelumnya.
Minggu Menderma Darah ini merupakan anjuran bersama BSMM daripada Kolej Dato Onn, Kolej Rahim Kajai dan Kolej Keris Mas. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendapatkan bekalan darah bagi menampung keperluan darah semasa berlakunya kecemasan seperti kemalangan dan juga pembedahan. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan bagi persatuan BSMM setiap kolej.
Sepanjang empat hari aktiviti ini berlangsung, seramai 363 orang penderma telah menderma darah mereka dan darah tersebut diserahkan kepada Pusat Darah Negara. Kuan Han Jack menyatakan bahawa sambutan daripada warga UKM adalah sangat positif terutama kaum wanita.