Himpunan Wanita Muda Negara 2012
Oleh : Mohamad Hezwan bin Bahari
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Himpunan Wanita Muda Negara (HWMN) 2012, yang diadakan buat julung kalinya, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini melibatkan penyertaan kira-kira 14,000 wanita muda dari pelbagai latar belakang. Himpunan ini diadakan untuk wanita muda mengalami satu ekplorasi tentang peranan mereka dalam arus perubahan globalisasi. Program ini bukan sekadar himpunan bersahaja, sebaliknya dirangka bersifat provokatif bagi membuka minda dan menganjak paradigma wanita-wanita muda tentang peranan dan potensi sebenar mereka dalam mencorakkan kemajuan negara.
Pelbagai bengkel dijalankan sewaktu Himpunan Wanita Muda Negara 2012 seperti Bengkel kesihatan mental dan kawalan stress, bengkel pengurusan kewangan, kelas vocal oleh KRU academy, tips diet seimbang dan jom kurus oleh Kevin Zahri, kelas solekan oleh Mary Kay dan lain-lain lagi. Seramai 52 orang mahasiswa dari Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlibat sebagai sukarelawan pada program ini dan menjadi sebahagian daripada tulang belakang dalam gerak kerja pada himpunan tersebut.
Himpunan ini juga memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita muda negara yang berjaya dalam bidang masing-masing contohnya dalam bidang kesenian, pendidikan, sukan dan sebagainya. Antara pemenang anugerah pada himpunan tersebut ialah penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang menerima Anugerah Kesatria Puteri Kesenian dan atlit terjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong yang menerima Anugerah Kesatria Puteri Sukan dan dalam bidang pendidikan pula Anugerah Kesatria Puteri Pendidikan dianugerahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya, Prof. Dato’ Dr. Rohana Yusof.