ifolio
oleh chua bee lan
UKM, BANGI – iFolio merupakan program baru, dicipta bagi menggantikan SPIN. Pensyarah kanan Pusat Pengajian Bahasa dan LinguitiK, Dr. Afendi Hamat yang memainkan peranan penting pembangunan iFolio berkata, sistem ini mempunyai perbezaan ketara dengan SPIN.
SPIN ialah satu sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala iFolio (Integrated Portfolio Management System) juga merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran, tetapi sistem ini mempunyai fungsi yang lebih banyak berbanding SPIN. iFolio juga menggunakan elektronik portfolio iaitu portfolio atas talian (online), portfolio yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah untuk pembelajaran dan pengajaran serta berkomunikasi.
Menurut beliau lagi, SPIN perlu dipindahkan kepada iFolio kerana model yang digunakan dalam SPIN tidak boleh diguna pakai lagi dalam masa kini. Hal ini kerana fungsi SPIN hanya menjadi tempat menyimpan fail yang dimuat naik oleh pensyarah dan fail yang dimuat turun oleh pelajar. iFolio pula membolehkan setiap pelajar mempunyai portfolio yang tersendiri dan tempat berinteraksi antara satu sama lain secara atas talian.

iFolio juga mempunyai keistimewaan kepada pelajar dan pensyarah. “Keistimewaan iFolio ialah membolehkan pensyarah melihat perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar boleh membina portfolio sendiri dan boleh memasukkan aktiviti sendiri di dalam ‘My Pages’. Pelajar juga dapat mempamerkan portfolio mereka kepada bakal majikan. Portfolio adalah pembelajaran berterusan yang merekodkan kemajuan akademik pelajar,” katanya.
“Bagi pensyarah pula, iFolio boleh dijadikan bukti pengajaran. Pensyarah boleh mengetengahkan inovasi dalam pengajaran contohnya, melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan pelajar melalui iFolio,” menurut Dr. Afendi Hamat.
Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah dalam menggunakan iFolio. Menurut Dr. Afendi Hamat, hal ini kerana capaian rangkaian yang lemah akan menyebabkan pelajar dan pensyarah sukar untuk memasuki sistem iFolio. Selain itu, pelajar hanya menggunakan iFolio seperti fungsi SPIN, di mana pensyarah hanya muat naik fail, dan pelajar hanya muat turun fail. Pelajar tidak mengetahui fungsi keseluruhan iFolio.
Menurut beliau lagi, iFolio masih lagi dalam proses penambahbaikan dan masih belum mencapai tahap yang memuaskan bagi penggunaan secara keseluruhannya. Contohnya, ada pengguna yang ingin berkongsi fail dengan rakan mereka tetapi iFolio tidak menyediakan perkhidmatan ini, malah ada juga yang ingin menjadikan fail mereka sebagai hak persendirian.