INOVASI : TEMA PESTA KONVO UKM KE-40
Oleh Nurul Syazwani Bt Johari
UKM: “Tema inovasi pada pesta konvo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40 adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa dan mahasiswi untuk melangkah ke dunia luar selepas tamat pengajian mereka,” kata Pengarah Eksekutif Pesta Konvo Universiti Kebangsaan Malaysia ke-40, Ahmad Hafiz Abu Bakar.
“Pada tahun-tahun sebelum ini, setiap fakulti hanya menjalankan pameran sahaja dengan mempamerkan buku-buku serta gambar yang berkaitan. Namun, pada kali ini setiap fakulti diberikan peluang untuk menonjolkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam bidang masing-masing,” tambah beliau lagi. Antara kelainan yang ditonjolkan pada pesta konvo kali ini adalah dari Fakulti Undang-undang yang mewakilkan pelajar tahun akhir, serta dengan kerjasama Unit Bantuan Guaman (UBG) untuk berkhidmat dalam memberi bantuan atau nasihat dari segi undang-undang kepada orang ramai secara percuma.
Kata beliau lagi ketika ditemubual, “Peluang perniagaan juga diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mendekatkan diri mereka dalam bidang keusahawanan.” Terdapat beberapa gerai disediakan khusus untuk pelajar bukan sahaja pelajar UKM, malah pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain yang berminat untuk membuka perniagaan sepanjang pesta konvo berlangsung. Menurut beliau, pengagihan gerai jualan bagi pelajar diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan (UKM-CESMED).
Salah satu program utama pada pesta konvo kali ini ialah percubaan untuk membuat rekod baru dalam Malaysian Book of Records. Program ini adalah kerjasama antara UKM dan Persatuan Gusti Lengan Selangor. Antara sasaran pihak penganjur adalah mendapatkan seribu orang peserta dalam pertandingan gusti lengan tersebut.