Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm
Oleh Muhammad Nazmi Bin A Razak
UKM: Bahagian Pengurusan Kenderaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui bahawa kekurangan bas telah menjadi punca utama kepada masalah perkhidmatan pengangkutan pelajar di UKM. Hal ini telah dijelaskan oleh Penolong Pegawai Tadbir Pengurusan Kenderaan UKM sendiri iaitu Encik Muhammad Hidayat Rahim ketika ditemui baru-baru ini. Seterusnya beliau menjelaskan hal ini terjadi kesan daripada pengurusan syarikat bas yang telah mendapat tender pada baru-baru ini iaitu syarikat bas Trans Rengit yang tidak cekap dan mematuhi kontrak. Mengikut terma kontrak, sepatutnya syarikat bas Trans Rengit menyediakan 15 buah bas terutamanya pada hari-hari kuliah, namun didapati gagal dalam menyediakan bas secukupnya seterusnya menimbulkan masalah kekurangan bas. Oleh itu, pihak Pengurusan Pengangkutan terpaksa mengubah jadual bas supaya sentiasa ada bas di setiap laluan yang ditetapkan. Kesannya, jadual bas yang menjadi kebiasaan kepada kebanyakan golongan mahasiswa dan mahasiswi berubah. Jelasnya lagi, perkhidmatan bas yang dimiliki oleh UKM sendiri sebenarnya diperuntukkan untuk program luar, namun demi keselesaan para mahasiswa beliau tetap mengambil inisiatif mengerah bas-bas tersebut dalam menangani masalah kekurangan bas ini.
Menurut beliau, kemelut ini terjadi setelah berlakunya pertukaran tender bas pada bulan September lepas iaitu ketika kemasukan pelajar baru sesi 2012/2013. Pertukaran ini tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, tetapi melalui satu jawatankuasa yang disertai oleh wakil dari Bahagian Pendaftar dan juga Bahagian Bendahari yang memainkan peranan penting dalam pengurusan UKM. Jawatankuasa ini seterusnya akan menilai satu-satu tender berdasarkan kewangan, rekod dan prestasi yang telah ditonjolkan. Difahamkan juga tender bas yang terdahulu iaitu syarikat bas Kiffah telah tamat secara kontrak dan bukannya diberhentikan.
Merujuk kepada masalah sikap pemandu bas pula, hal ini diakui oleh Encik Muhammad Hidayat Rahim dan memerlukan kerjasama para pelajar dalam menangani masalah sebegini. Hal ini kerana pihak beliau memerlukan laporan maklumat yang jelas. Beliau menyatakan bahawa “dengan memberikan nama pemandu, nombor bas, waktu dan saksi, barulah tindakan mudah untuk diambil”. Hal ini bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pemandu terbabit. Ulas beliau lagi, Bahagian Pengurusan Kenderaan juga telah melakukan beberapa pemantauan secara rahsia dan telah mengeluarkan surat amaran.
Di akhir pertemuan, beliau berharap para mahasiswa dan mahasiswi bersabar dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan bas Trans Rengit yang masih baru dan memerlukan masa bagi proses penambah-baikan. Beliau juga sempat memberi saluran untuk para mahasiswa dan mahasiswi membuat aduan iaitu di sistem maklum balas dan aduan UKM (e-FaCt) yang boleh dilayari pada laman web http://ewarga.ukm.my/efact atau pun emel kepada spkend@ukm.my. Para pelajar diharap memberikan segala maklumat secara jelas supaya ada hitam putih dan boleh dijadikan bukti bagi diambil tindakan yang sewajarnya. Beliau memberi jaminan aduan tersebut akan di beri respon secepat yang mungkin. Para mahasiswa dan mahasiswi juga boleh menghubungi Bahagian Pengangkutan UKM secara terus di talian 03-8921 5169 bagi mengemukakan aduan.