kelebihan pengerang sebagai terminal gas dan minyak
oleh nurhidaya pukari
Bangi, UKM : Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata bahawa Pengerang adalah sebuah kawasan yang mempunyai kelebihan tersendiri iaitu terletak di laluan kapal-kapal, terlindung daripada ancaman dan berada di hadapan hab gas dan minyak di Singapura.
“Kekayaan hasil minyak dan gas serta kekayaan alam dihadapan perairan lautnya membolehkan projek ini terus dilaksanakan,” kata beliau apabila mengulas mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) yang dibangunkan oleh Petronas di Pengerang.
Projek ini adalah projek terbesar selepas pembangunan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Sebanyak 60 billion akan dilaburkan untuk membangunkan projek tersebut.
Tambah beliau lagi, “seluas 1500 hektar tanah menjadi kawasan tebus tanah yang akan dilaksanakan pada tahun 2014. Beberapa projek akan dilaksanakan di kawasan Rapid oleh Petronas iaitu loji pelan penapisan minyak, loji terminal gas cecair dan jana kuasa untuk membekalkan tenaga.” Beliau berkata demikian dalam rakaman Rancangan Dialog Bersama Menteri Besar Johor yang diadakan di Wisma TV, Angkasapuri pada 21 Oktober yang lalu.
Turut hadir dalam rakaman tersebut ialah Exco-exco Negeri Johor seperti Dr. Robiah Kosai dan Datuk Maulizan Bujang, pegawai-pegawai Menteri Besar, pegawai-pegawai daripada Unit Media dan Komunikasi (Medkom) dan mahasiswa/i yang terdiri daripada persatuan anak negeri johor di UKM, UM, UPM dan Uitm Shah Alam.
Sementara itu, Mohd Syafiq Akmal Kasimun, Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM yang turut serta dalam rakaman tersebut berkata, pembangunan di Pengerang ini merupakan suatu tindakan yang baik dilakukan oleh kerajaan negeri. Walaupun penduduk yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa dipindahkan namun, mereka diberikan pampasan iaitu tempat tinggal yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak rakyat.
“Mereka diberi pilihan untuk memilih rumah mengikut kemampuan sama ada hendak tinggal di komuniti asal atau sebaliknya. Situasi menang-menang dapat dilihat apabila pembangunan dapat dijalankan dan penduduk setempat juga merasai limpahan pembangunan tersebut tanpa menjejaskan kualiti hidup mereka,” tambah beliau mengenai hal pampasan yang diberikan kepada penduduk di Pengerang.
Rancangan Dialog Bersama Menteri Besar Johor itu disiarkan di saluran TV1 pada 24 Oktober 2012.