LATIHAN ILMIAH TAMBAH KEYAKINAN PELAJAR UNTUK MENEMPUH DUNIA PEKERJAAN
OLEH NURAIN BINTI DAUD
UKM: Penyediaan latihan industri kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi penting dalam usaha mempertingkat kebolehgunaan tenaga sebagai persediaan berdepan dengan cabaran dunia kerjaya. Menurut salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saudari Nor Azean Idris, mahasiswa jurusan Persuratan Melayu, latihan industri telah mengajar beliau mengenai semangat bekerjasama dan menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan kelak. Latihan industri yang beliau lakukan telah menyedarkan beliau bahawa alam pekerjaan bukan suatu dunia yang senang untuk dihadapi.
Saudari Nor Azean berkata, latihan industri yang beliau jalani adalah berbeza daripada pengkhususan yang beliau pelajari di universiti kerana tugas-tugas yang beliau lakukan adalah tugas yang dilakukan oleh pelajaran jurusan komunikasi. Hal ini berikutan kerana beliau telah menjalani latihan industri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang majoriti merupakan pilihan pelajar komunikasi. Namun begitu, saudari Nor Azean turut menyatakan bahawa dia tidak pernah berasa kerja yang diberikan oleh pihak atasan membebankannya kerana dia dapat mempelajari sesuatu yang baharu seperti membuat lakaran papan cerita, terlibat di belakang tabir untuk sesuatu program serta berpeluang menjadi wartawan walaupun untuk sementara waktu.
Selain itu, beliau turut menambah bahawa latihan industri yang dilakukan selama dua bulan di RTM tidak mencukupi untuknya belajar dengan lebih mendalam mengenai dunia penyiaran yang dipelajari daripada senior yang berpengalaman. Saudari Nor Azean berkata tempoh masa untuk dia berada di sesuatu jabatan adalah tidak lama kerana dalam masa sebulan, dia akan sentiasa berada di jabatan yang lain kerana pertukaran jabatan selama satu minggu antara dia dan rakan yang lain. Pertukaran ke jabatan lain untuk setiap satu minggu dalam tempoh dua bulan membuatkannya sukar untuk sesuaikan diri dengan kerja baru, namun atas pertolongan rakan sekerja dan senior, dia dapat melakukan kerja dengan baik, katanya lagi. Pengalaman baru yang dia hadapi menyebabkan dia berasa teruja untuk terus menjalankan tugas yang diberikan. Tempoh masa selama dua bulan yang diberikan terasa sekejap sahaja kerana keseronokan yang diperolehi ketika menjalankan tugas, tambahnya lagi.
Dia turut menambah bahawa walaupun tugas yang dilakukan bukan daripada pengkhususan yang diambil namun kita tidak sepatutnya menjadikan ia halangan untuk kita laksanakan kerana dunia pekerjaan adalah lebih sukar daripada yang kita bayangkan.