majlis sambutan hari raya aidiladha kolej pendeta za'ba
oleh nurain mohd salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Seekor lembu telah dikorbankan untuk program Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kolej Pendeta Za’ba (KPZ). Lembu tersebut telah disumbangkan oleh beberapa staf pengurusan termasuk pengetua KPZ itu sendiri iaitu Prof. Madya. Dr. Ahmad Sunawari Long. Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat kolej julung kalinya dibuat bagi meraikan Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin, 29 Oktober 2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1433. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian dan Sivik KPZ dengan temanya “Bersama Hayati Sunnah”.
Menurut Ketua Pengarah program ini, saudara Ahmad Syahir Zainuddin, program ini diadakan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha serta secara tidak langsung menyahut tuntutan syariat agama Islam dengan melakukan Ibadah korban. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada suasana menyambut Hari Raya Aidiladha seterusnya menerapkan nilai-nilai murni yang harus ada pada diri seorang mahasiswa. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mewujudkan sifat tabah dan sabar dalam jati diri pelajar dalam mematuhi perintah Allah dan melahirkan sifat bersedia untuk berkorban harta, tenaga, dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah.
Saudara Ahmad Syahir juga turut menyatakan program ini diadakan bermatlamat untuk membina hubungan yang baik dalam kalangan ahli Biro Kerohanian dan Sivik serta penghuni kolej disamping membina semangat kerjasama antara pelajar yang boleh membawa kepada pembentukan ukhwah yang utuh dalam kalangan penghuni KPZ. Sasaran golongan yang terlibat dalam program ini adalah ahli Biro Kerohanian dan Sivik itu sendiri, JAKSA-JAKSA kolej dan para pelajar beragama Islam KPZ. Dianggarkan hampir 600 orang menyertai program ini. Program ini turut menerima kedatangan dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim, pengetua-pengetua kolej dan Yang Di Pertua (YDP) kolej-kolej yang lain.
Kerja-kerja melapah seekor lembu telah dilakukan oleh warga KPZ iaitu para pelajar bersama-sama pihak pengurusan kolej di belakang Blok E, KPZ. Program telah bermula seawal 7.30 pagi lagi dan dimulakan dengan penyembelihan lembu oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Islam UKM bersama warga KPZ. Program kemudiannya berlanjutan sehingga waktu malam iaitu pada pukul 10.30 malam untuk Majlis Bacaan Yasin serta tahlil para jemaah surau KPZ dan jamuan makan di Foyer KPZ bagi para pelajar dan Ahli Jawatankuasa yang hadir. Pada malam jamuan makan tersebut turut diserikan dengan persembahan dari Kelab Nasyid UKM.