meneruskan pengajian ke peringkat sarjana atau bekerja?
oleh sow cyn sion
Narinjit Singh
Banyak persoalan yang selalu bermain di fikiran seorang pelajar universiti apabila sudah bergraduasi nanti, sama ada hendak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu sarjana ataupun bekerja sering sahaja kedengaran. Menurut seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Narinjit Singh, yang baru sahaja menerima segulung Ijazah dalam Program Sosiologi dan Antropologi baru-baru ini mengatakan bahawa terdapat beberapa kelebihan apabila tamat sarjana muda dan memasuki alam pekerjaan, antaranya ialah:
1. Mengalami kehidupan dunia sebenar
Pelajar tersebut boleh berdikari sepenuhnya. Narinjit berkata, “waktu belajar ini bukannya tidak boleh berdikari, cuma suasana sangat selesa dan kurang cabaran. Di luar nanti pelbagai ragam manusia yang kita akan jumpa.” Narinjit menambah apabila kita sudah bekerja, kita dapat mengaplikasikan pembelajaran yang hanya secara teori di universiti.
2. Bantu kewangan keluarga.
Menurut Narinjit lagi, apabila kita sudah bekerja, sudah semestinya kita akan memperolehi gaji walaupun tidak begitu banyak. Dengan adanya pendapatan ini, kita dapat membantu keluarga serta meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa. Hal ini demikian kerana sesetengah ibu bapa tidak mampu menanggung kesemua perbelanjaan anak-anak mereka terutamanya bagi mereka yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai.
Manakala antara kebaikan yang akan diperolehi sekiranya meneruskan pengajian dalam sarjana adalah :
1. Peningkatan ilmu pengetahuan
Narinjit berpendapat, semakin hari semakin ramai graduan lepasan sarjana muda. Oleh sebab itu, memiliki sarjana adalah satu kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak memilikinya. Di samping itu, seseorang yang menyambung pelajaran pada peringkat sarjana juga dapat menerima pengetahuan dengan lebih mendalam serta dapat melahirkan seseorang yang lebih pakar dalam sesuatu perkara.
2. Melakukan Penyelidikan
Pada peringkat sarjana muda, para pelajar biasanya akan banyak melakukan penyelidikan berkaitan dengan bidang yang dipelajari. Melalui penyelidikan yang dijalankan, banyak peluang dan ruang kepada pelajar untuk mencipta perkara baru dalam dunia penyelidikan.
Kesimpulannya, keputusan sama ada anda hendak meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ataupun tidak adalah bergantung kepada tahap keyakinan diri seseorang. Sekiranya anda mahu mendalami ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam dan lebih mencabar mengenai sesuatu bidang, maka pilihan untuk meneruskan pengajian adalah pilihan yang terbaik.