PELAJAR PERLU UBAH STEREOTAIP TERHADAP KAUNSELING
OLEH NOR SALSABIL BINTI KK MOHAMMAD
Bangi: “Kaunseling merupakan satu terapi untuk bercakap. Para pelajar perlu mengubah sterotaip bahawa pelajar yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling merupakan pelajar yang bermasalah”. Begitulah kata-kata yang disampaikan oleh Puan Yuslina, seorang kaunselor di Unit Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kaunselor akan cuba membantu sedaya upaya untuk menolong pelajar mendapatkan celik akal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada semua warga UKM ini membantu dalam memberikan nasihat kepada individu yang datang untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Terdapat tiga kaunselor di unit ini yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar. Oleh itu, pelajar boleh memilih kaunselor mengikut kesesuaian mereka.
Menurut Puan Yuslina, antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar ialah melibatkan masalah akademik seperti masalah gred pointer yang rendah, stress, masalah keluarga dan sebagainya. Tambahan beliau, antara masalah paling serius yang dihadapi oleh unit mereka ialah cubaan membunuh diri. Stress yang melampau, tidak dapat mencari jalan penyelesaian dan kemurungan yang tinggi merupakan punca kepada masalah cubaan bunuh diri di kalangan pelajar. Mereka melakukan tindakan yang sedemikian adalah untuk menarik perhatian daripada orang sekeliling terutama kawan-kawan yang kurang mengambil perhatian dan mengabaikan mereka.
Hebahan mengenai unit kaunseling dilakukan dengan memberi ceramah ketika Minggu Mesra pelajar (MMP). Selain itu, pihak Unit Kaunseling juga akan pergi ke kolej-kolej kediaman untuk memberikan pendedahan disamping menyediakan ceramah dan modul kepimpinan kepada pelajar.
Prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling merupakan proses yang sangat mudah. Pelajar hanya perlu datang ke Unit Kaunseling, isi borang di bahagian kaunter dan sekiranya terdapat kaunselor yang mempunyai masa terluang, pelajar boleh terus mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Namun, sekiranya kaunselor sibuk, pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan dalam tempoh dua hari bekerja. Tambahan beliau, kaunseling merupakan satu proses yang rahsia. Oleh itu, individu tidak perlu takut untuk berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.
Menurut Puan Yuslina, kebiasaannya pelajar tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum akan datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Statistik yang direkodkan oleh unit kaunseling adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar dan bukan berdasarkan jantina dan kaum.
Perkhidmatan kaunseling di UKM pada masa kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan UKM terutama ketika permulaan semester bagi pelajar baru dan ketika peperiksaan.