Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
Oleh Siti Rasyidah Nordin
UKM: Salah satu pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada pentadbiran Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) dalam pengurusan surau ialah pengurusan bangunan surau FSSK itu sendiri. Ini termasuklah pengurusan dalam kontrak pencucian surau FSSK ini. Menurut Puan Sazila Maseri, Pembantu Tadbir (P/O N26), pencucian tersebut bertanggungjawab untuk membersihkan surau dari segi pembersihan permaidani, membersihkan habuk-habuk dan pencucian tempat mengambil wudhu’.
Tambah beliau lagi, pekerja-pekerja kontrak pencucian ini akan membersihkan tempat mengambil wudhu’ di kedua-dua surau lelaki dan wanita pada setiap hari bekerja. Seterusnya, untuk permaidani surau pula, ianya akan dibersihkan (vacuum) sebulan sekali. Puan Sazila mengatakan bahawa semua perkara ini sudah termaktub di dalam perjanjian kontrak pencucian yang telah dipersetujui sebelum ini.
Namun, menurut Puan Sazila, pihak pentadbiran tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pencucian telekung dan sejadah yang telah digunakan di dalam surau tersebut. Kebersihan telekung dan sejadah yang telah digunakan adalah tanggungjawab secara bersama atas ihsan dan jasa baik pelajar atau sesiapa sahaja yang berniat untuk membawa pulang telekung atau sejadah terbabit untuk dibasuh di rumah.
Puan Sazila menerangkan lagi, segala kemudahan menunaikan solat telah disediakan bagi pelajar atau orang luar yang datang ke surau tersebut. Sebagai contoh, bagi surau perempuan, sebanyak 10 pasang telekung telah disediakan, rak untuk meletak sejadah, serta tempat penyangkut telekung. Beliau menegaskan lagi, pelajar-pelajar, mestilah meletakkan sejadah atau telekung yang telah digunakan pada rak yang telah disediakan bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan di dalam surau.
Bagi pelajar Komunikasi dan Dasar Awam FSSK, Mohd Firdaus Mohd Shahir, 22, yang selalu menggunakan kemudahan surau FSSK, mengatakan beliau berasa cukup selesa dari aspek keluasan dan kemudahan surau yang telah disediakan. Namun, beliau tidak selesa dengan bau karpet di dalam surau yang kadangkala kurang menyenangkan.
“ Apa yang menjadi masalah surau di FSSK adalah berkenaan isu bau karpet di dalam surau ini, bagi saya isu bau karpet yang busuk ini menggangu keselesaan sesiapa sahaja yang menggunakan surau ini” kata beliau ketika ditanya berkenaan masalah yang timbul mengenai surau di FSSK ini. Cadangan beliau adalah Pihak pengurusan boleh menggantikannya dengan karpet yang baru atau menggunakan lantai mar-mar sahaja.
Lain pula bagi pelajar jurusan Sains Politik FSSK, Nur Aqidah Nabilah Mohd Radzi, 22 yang mencadangkan supaya surau FSSK diperbesarkan lagi memandangkan jumlah pelajar islam yang semakin meningkat. Tambahan beliau, kebersihan telekung perlu diberi perhatian bagi sesiapa yang sudah menggunakannya kerana telekung yang berbau boleh menggangu kekhusyukan ketika solat. Seterusnya, beliau mencadangkan jawatankuasa surau FSSK perlu diwujudkan agar surau ini sentiasa dalam keadaan yang terjaga.
Akhir sekali, Puan Sazila mencadangkan supaya setiap persatuan pelajar yang ada bergilir-gilir membersihkan telekung atau sejadah yang telah digunakan. Menurut beliau, mereka boleh bertukar-tukar giliran untuk membasuh telekung atau sejadah yang telah lama digunakan. Beliau juga berharap agar para pelajar sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab bagi menjaga kebersihan surau FSSK secara bersama-sama.