Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
Oleh: Ng Mei Qing
Latihan Industri merupakan salah satu subjek yang perlu diambil oleh setiap mahasiswa di IPTA/IPTS mengikut kursus dan tahap pendidikan yang tertentu. Latihan Industri merupakan satu syarat bagi para pelajar/mahasiswa untuk dianugerakan sijil, diploma serta ijazah sarjana. Latihan Industri bukan sahaja membolehkan mahasiswa menerokai pelbagai ilmu berkaitan dan mengaitkannya dengan yang diambil oleh mereka di IPTA/IPTS, malahan juga, mendedahkan gambaran awal persediaan ke arah alam pekerjaan yang sebenarnya kelak apabila mereka tamat pengajian mereka di IPTA/IPTS.
Mahasiswa juga turut mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan diajar oleh pensyarah-pensyarah mereka di dalam kuliah. Latihan Industri juga mendidik mahasiswa untuk lebih berdisiplin. Jika di IPTA/IPTS mahasiswa mesti mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh IPTA/IPTS, begitu juga di tempat kerja. Mahasiswa haruslah mempamerkan imej baik IPTA/IPTS mereka kepada firma tempat mereka menjalani Latihan Industri.
Objektif latihan industri adalah untuk mendedahkan mahasiswa ke alam pekerjaan yang sebenar serta mempunyai banyak cabaran dan perlu ditempuhi oleh mereka. Hal ini juga membolehkan para mahasiswa mempraktikkan segala teori-teori yang dipelajari di IPTA/IPTS, meluaskan dan menambah pengetahuan teknikal serta dapat mempelajari kemahiran baru semasa sesi latihan industri,selain itu juga, mereka dapat menanam sifat amanah, tanggungjawab dan keyakinan diri kepada mahasiswa, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan sebagai persediaan bekerja selepas tamat belajar, disamping, dapat menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
Persediaan kepada latihan industri adalah penting supaya mahasiswa dapat bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran terutamanya apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, ini merupakan langkah awal untuk menjadikan kita sebagai seorang yang lebih berdikari. Kita perlu belajar untuk hidup sendiri, mengurus kewangan serta diri sendiri. “Saya berasa sangat teruja kerana sudah tiga tahun belajar dalam bentuk ilmiah dan akhirnya saya dapat masuk dalam dunia pekerjaan. Tetapi saya berasa risau kerana ini adalah kali pertama saya untuk melatih diri dalam pekerjaan di luar sana.” Kata pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Chua Bee Lan.
Setiap Universiti akan mengadakan Taklimat Persediaan Latihan Industri kepada mahasiswa dan mahasiswa dikehendaki menghadiri taklimat tersebut yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai etika, peraturan, tindakan disiplin dan tatatertib semasa Latihan Industri. Taklimat ini penting supaya mahasiswa dapat bersedia untuk menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja yang baru. “ssSaya baru menghadiri Bengkel Sehari Pra Latihan Industri di FSSK UKM. Bengkel tersebut memberi pendedahan mengenai latihan industri secara terperinci kepada mahasiswa dan mendedahkan expectation (jangkaan-jangkaan) seorang majikan terhadap seorang pekerja (mahasiswa) yang akan mula bekerja selama 3 bulan di organisasi mereka. Bengkel itu merupakan bengkel yang bagus dan memang berguna kepada mahasiswa.” Kata pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Barathi Ganesan.
Masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa ialah masalah tempat tinggal dan perhubungan awam, untuk bekerja di syarikat-syarikat tempat bandar mahupun luar bandar, perkara utama yang perlu disediakan adalah tempat tinggal untuk mahasiswa tinggal dan berteduh. “Dari segi persediaan fizikal, saya melayari website organisasi tempat yang akan saya bekerja, ini bertujuan untuk mencari maklumat tentang syarikat tersebut supaya saya lebih mengenali syarikat tersebut. Saya juga berhubung dengan senior yang pernah bekerja di tempat yang sama bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pekerjaan, penginapan, pemakaian dan pemakanan di sana.” Kata Chua.
Sumber
http://www.sabreehussin.com/karier-kerjaya/alam-pekerjaan-tips-dan-persediaan-menuju-kearahnya/
http://mdhafiz.net/2012/06/kelebihan-latihan-industri-kepada-mahasiswa/