Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
OLEH : SOW CYN SION
Memikirkan sahaja mengenai apa yang hendak makan pada waktu tengahari atau malam ini sudah tentunya sudah ada menu yang terfikir dalam minda seseorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Kenapa tidaknya?, boleh dikatakan hampir setiap hari menu yang disediakan oleh pihak kampus adalah hampir sama sahaja yang sudah diketahui oleh pelajar.
Menurut seorang pelajar UKM yang menginap di Kolej Burhanuddin Helmi iaitu Lee Yan San pelajar dalam bidang Ekonomi dan Perniagaan berkata pada awal kemasukkannya ke universiti pada tahun lepas iaitu pada tahun 2011, boleh dikatakan hampir setiap hari beliau menikmati juadah makanan di kolej sahaja pada waktu tenngahari dan malam.
Namun setelah hampir setahun menikmati makanan di kolej, beliau berasa jemu dengan makanan yang disediakan oleh pihak kolej. Oleh itu, pada masa kini Yan San kurang menikmati juadah yang disediakan oleh kafeteria kolej dan memilih untuk menikmati juadah makanan di luar kampus. Menurut beliau lagi, makanan yang dibeli di luar kampus adalah lebih murah dan berpatutan. Namun yang menjadi masalah ialah apabila hujan beliau terpaksa makan di dalam kafeteria kolej kerana tidak boleh keluar untuk membeli makanan di luar disebabkan beliau hanya mempunyai motosikal.
Mnenurut seorang lagi pelajar yang ditemui iaitu Tan Kim Chuan iaitu punghuni Kolej Pendeta Zaa’ba, beliau lebih selesa memilih untuk makan di dalam kampus berbanding luar kampus. Menurut beliau, “Makan di dalam kampus lebih senang dan tidak membazirkan masa untuk keluar”. Disebabkan itu, beliau sering menikmati tengah hari di kafeteria “Mak Teh” di kolej.
Menurut beliau lagi makanan yang disediakan oleh Mak Teh lebih menyelerakan dan makanannya adalah bersih dan masih lagi panas. Contohnya, sekiranya para pelajar membeli makanan pada pukul 11 hingga dua petang, makanannya masih lagi banyak dan menyelerakan Selain itu, saya juga menayakan mengapakah Kim Chuan tidak suka menikmati makan di luar kampus dan beliau memberitahu “Saya tidak mempunyai kenderaan seperti motosikal dan kereta oleh itu, pergerakan saya agak terbatas serta mengambil masa yang lama untuk tunggu bas ke luar kampus.”
Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai citarasa yang tersendiri untuk memilih tempat menjamu selera mereka iaitu sama ada dalam kampus mahupun di luar kampus. “Tepuk Dada Tanya Selera”.