tempat latihan industri menggunakan bahasa inggeris atau bahasa melayu?
oleh aliyah fatin
“Pemilihan tempat latihan industri adalah terpulang kepada pelajar, tetapi jika memilih syarikat yang menggunakan bahasa perantaraan Bahasa Inggeris, maka ia adalah bonus kepada pelajar tersebut,” kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mat Pauzi Abd. Rahman.
Latihan industri merupakan satu kemestian bagi pelajar di IPTA atau IPTS. Setiap pelajar yang ingin menamatkan pengajiannya di universiti, politeknik, kolej, institut swasta atau awam perlulah menjalani latihan industri atau praktikal selama beberapa bulan bagi memenuhi kehendak syarat kelayakan seorang pelajar tersebut iaitu segulung ijazah mengikut kursus yang diambil.
Menurut En Mat Pauzi Abd. Rahman, Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan dan industri media. Walaupun bahasa rasmi negara ialah Bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan dan media, bahasa yang kerap digunakan ialah Bahasa Inggeris. Contohnya, Bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. Penulis telah membuat tinjauan ringkas bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, ikuti temu bual ringkas penulis bersama mereka.

Tempat latihan industri yang menjadi pilihan anda adakah menggunakan bahasa perantaraan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu?
Ain : Saya memilih RTM Kelantan sebagai tempat latihan industri saya, RTM Kelantan menggunakan bahasa Kelantan
sebagai bahasa perantaraan maka secara automatiknya Bahasa Melayu adalah bahasa utama.
Dian : Saya lebih selesa untuk memilih tempat latihan industri yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
syarikat tersebut.
Zack : Tempat latihan industri saya menggunakan kedua-dua bahasa, tetapi bagi pendapat saya, segala yang berkaitan dengan
urusan rasmi menggunakan bahasa Inggeris.
Rozy : Tempat latihan industri saya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Segala urusan rasmi juga
menggunakan Bahasa Melayu dan saya selesa dengan penggunaan bahasa perantaraan tersebut.
Yati : Alor Setar Holiday Villa, semestinya menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kenapa memilih tempat tersebut?
Ain : Kerana tempat tersebut berhampiran dengan rumah, saya tidak kisah tempat tersebut menggunakan Bahasa
Inggeris atau Bahasa Melayu yang penting kos sara hidup yang rendah.
Dian : Jika saya memilih tempat latihan industri yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, saya takut untuk
menghadapi serta menyesuaikan diri saya dengan keadaan sekeliling.
Zack : Saya memilih tempat latihan industri tersebut, beranggapan bahawa saya akan diserap sebagai pekerja tetap. Saya
tidak memikirkan mengenai bahasa yang digunakan kerana saya menyedari setiap tempat menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Rozy : Saya juga tidak memikirkan mengenai bahasa yang digunakan, yang penting saya minat dengan industri media serta
dengan elaun yang disediakan.
Yati : Saya dari jurusan ekonomi, semestinya saya tidak boleh lari dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Saya bukannya fasih
dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya akan cuba untuk memperbaiki diri saya.
Analisis daripada penulis mendapati bahawa, pemilihan tempat latihan industri adalah bergantung pada pilihan setiap individu itu sendiri, mereka lebih mengetahui sejauh manakah kemampuan diri mereka. Kita tidak boleh lari dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, pelajar perlu belajar untuk menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan Bahasa Inggeris di tempat latihan industri.