Oleh: Zaidatul Ameera Bt Zakaria
TWITTER SATU FENOMENA
“Jom kita tweet” merupakan satu aktiviti remaja untuk bersosial. Twitter merupakan satu media sosial yang sangat popular sehingga menjadi satu fenomena pada masa kini. Jadi, tidak hairanlah ramai individu terutamanya remaja menggunakan laman sosial ini untuk berkomunikasi, di samping mengisi masa terluang.
Menurut salah seorang pelajar daripada Fakulti Pendidikan UKM, Nor Syuhaila Binti Mad Saad (21), twitter merupakan satu medium bagi beliau untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan. Walaupun pada masa kini terdapat media sosial lain seperti facebook, blog, friendster, tagged, google plus, skype, whatsapp dan lain-lain lagi, twitter adalah lebih menarik untuk digunakan bagi beliau.
“Selain dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan, twitter juga merupakan satu medium carian terpantas dan terkini yang sememangnya sangat berguna kepada saya terutamanya dalam proses mendapatkan maklumat, sebagai contoh sewaktu KLCC dikatakan terbakar, saya hanya perlu pergi ke ruangan search dan type KLCC dan saya akan lihat ramai yang bertweet mengenai KLCC yang dikatakan terbakar itu. Akhirnya, saya telah terjumpa satu tweet maklumat yang tepat dan berserta dengan gambar di mana bukan KLCC yang terbakar, tetapi sebuah restoran dalam Suria KLCC yang telah terbakar. Hal ini secara tidak langsung memudahkan saya dalam proses mendapatkan maklumat terkini,” jelas beliau.
Menurut pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM, Ummi Madihah Mohd Syah (22), “ Saya seronok menggunakan twitter kerana dapat menambah kenalan baru dengan lebih mudah dan cepat. Hal ini kerana dalam twitter jika kita ingin menambah kenalan, kita hanya perlu melakukan follow dan tidak perlu dipersetujui oleh orang yang kita follow, jika di facebook, kita harus menunggu approved dari orang yang add untuk berkawan dengan kita.”
Ummi Madihah juga memberitahu bahawa beliau tertarik dengan laman sosial twitter kerana ia memudahkan penyebaran maklumat kepada orang lain. “Saya juga menggunakan twitter sebagai salah satu medium dalam menyampaikan maklumat. Hal ini adalah kerana twitter merupakan sistem penyebaran maklumat yang paling cepat sehingga boleh menjangkau 1,000,000 orang pengguna twitter dan ke atas hanya dengan meRetweet (RT) tweet asal yang dibuat oleh kita.”
Fenomena twitter pada masa kini begitu popular dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi remaja. Hal ini sedemikian adalah kerana terdapat ramai artis yang menggunakan media sosial ini untuk berkomunikasi dengan peminat. Justeru, remaja akan menggunakan laman sosial ini untuk mengetahui gossip dan info semasa mengenai artis kegemaran mereka. Selain itu, mereka juga boleh berhubung dan membalas pendapat dengan artis kesayangan mereka sama ada dalam atau luar negara.
Berdasarkan temubual bersama dua orang pelajar UKM tersebut, jelas mengambarkan twitter mempunyai banyak kelebihan. Oleh itu, tidak hairanlah twitter menjadi satu fenomena pada masa kini selain media sosial facebook. Malah, sejak twitter diwujud pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, ia telah mendapat tempat di seluruh dunia dan pada saat ini, ia memiliki lebih dari 100 juta pengguna. Fenomena ini juga dikenali sebagai "SMS dari internet".