UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
Oleh Mohammad Hafizol Bin Musa @ Awang
UKM: “ Kami mencari pendakwah muda yang boleh berdepan dengan masyarakat sekarang dan mampu berdiri atas pentas media bagi menyampaikan dakwah. Bukan hanya boleh berdakwah, malahan juga mampu mendalami jiwa anak-anak muda,” demikian menurut penerbit program realiti terbaru iaitu Program Dai ( Pendakwah Milenia ), Encik Shukri Bin Haji Ibrahim yang ditemui di sesi ujibakat program tersebut di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 Oktober baru-baru ini.
Program Dai ( Pendakwah Milenia ) ini akan bersiaran dalam satu slot rancangan Al-Kuliyyah TV3. Program ini telah memilih Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, UKM dan Universiti Sais Islam Malaysia (USIM) sebagai lokasi ujibakat saringan pertama. Saringan kedua iaitu pada bulan November dan Disember ini akan dijalankan di laman web TV3 melalui undian penonton. Sepuluh undian tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya yang akan bersiaran langsung pada Januari tahun hadapan di TV3. Kriteria yang perlu ada bagi calon ujibakat ialah, mereka yang berumur 19-27 tahun, aktif dan berpenampilan menarik serta berperwatakan ceria.
Menurut salah seorang calon ujibakat iaitu Muzakkir Nizar Bin Abdullah, beliau menganggap ujibakat ini merupakan sebagai satu landasan untuk mencapai tujuan beliau dan beliau langsung tidak berniat untuk menjadi sepuluh finalis yang terpilih. Muzakkir berharap supaya program seperti ini mampu melahirkan pendakwah muda yang disegani berikutan ramai pakar yang turun sama melatih peserta yang terpilih. Beliau yang merupakan pelajar Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah Undang-Undang di USIM secara kebetulan turut mencuba nasib pada hari berkenaan berikutan terdapat program debat di lokasi berhampiran.
Bagi pelajar Program Jabatan Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu Nor Syuhada Binti Seti pula pelajar perlu mencuba nasib dengan menyertai program seperti ini supaya mereka lebih berani mencungkil bakat yang ada. Program ini mampu memperbaiki kelemahan beliau dan melatih beliau menjadi seorang pelajar yang lebih berani dan yakin berdepan dengan masyarakat serta menggunakan intonasi yang jelas dan kuat apabila berdakwah. Ditanya perasaan selepas ujibakat, katanya beliau sangat teruja dan gembira kerana ini merupakan kali pertama bagi beliau.